Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Wednesday, January 6, 2010

Start Mengaji



Alhamdulillah, 2 Muharram hari Sabtu, selamatlah Jami’ah dibuka kembali untuk sessi 1431. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pengumuman malam sebelum itu memang gempak dan menggempakkan orang lain;

"ننبه جميع الطلاب أن الدراسة ستبدأ يوم السبت القادم. علما بأنه سيبدأ الترقيم والتحضير"
“Kami mengingatkan semua pelajar bahawa pengajian akan bermula pada hari Sabtu ini. Untuk pengetahuan, akan bermulanya juga ‘pernomboran’ dan tahdhir (pengiraan kehadiran).”

Biasalah, untuk membuatkan semua pelajar Yemen yang masih berhore bergumbira di kampung mereka sempena hari raya Adha, pengumuman memang perlu menyebut pengambilan kehadiran, kerana 16% ghiyab (tidak hadir) dalam sepenggal, bermakna mahrum (dihalang mengikuti peperiksaan).

Last-last, takkan ada tahdhir punya, dijamin, sebab semua orang mestilah sibuk nak buat urusan kan, kalau yang tatbiq di Malaysia, markah tatbiq tak keluar lagi, belum dikira lulus. Manakala takkan semua sibuk tarqim, syeikh nak masuk mengajar pula.. dan yang paling penting, ramai lagi pelajar Yemen yang masih di kampung berhore2.

Tarqim

Tarqim ialah masdar raqqam yuraqqimu tarqiiman. Mushtaq daripada roqom atau bahasa Melayunya nombor je pun. Tahdhir (cara tanda kehadiran) di Jami’ah menggunakan sistem kerusi bernombor, di mana siapa yang tiada di kerusi yang telah dipilihnya semasa waktu tahdhir, dikira ghiyab.

Cara untuk tarqim hari tu sangatlah tersusun.. Cuba anda perhatikan caranya:

1. Bawa kad pelajar anda ke satu tingkap (ye, memang tingkap, dan memang satu) yang dikhususkan untuk semua (diulang, SEMUA) 800 orang pelajar tahun anda
2. Beri kad itu kepada dua orang (ye, memang dua orang) yang akan mencari nama anda adakah lulus naik tahun atau tidak secara manual menggunakan 5 keping senarai nama
3. Tunggu di tepi tingkap itu sehingga nama anda dipanggil,
4. Sekiranya lulus, anda akan diberi dua isy’ar (makluman), satu untuk tarqim, dan satu untuk iskan (bagi yang nak tinggal di sakan jami’ah)
5. Bawa isy’ar tarqim anda ke seorang (ye, seorang) yang akan tunggu di dewan alif bagi tahun anda
6. Siap

Walaupun cuma 6 steps yang sangat simple, tetapi bisa memakan masa sehari, eh bukan, sepagi suntuk, sebab waktu kerja pagi sampai tengahari je. Almaklumlah, tingkap dah la kecil, pelajar ramai, yang kerja 2 orang, yang nak tarqim beratus. Cerdik.

Macam manalah Islam nak berjaya, bak kata hukama’:

الفوضى في الحق لا تهزم الباطل المنظم
Keteraburan dalam kebenaran tidak akan mengalahkan kebatilan yang tersusun

Islam agama yang tersusun. Solat 5 waktu sehari semalam dalam waktu yang ditetapkan. Allah ta’ala menyebut:

إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً
(النساء: من الآية103)
“sesungguhnya solat itu diwajibkan ke atas orang-orang mukmin, dalam waktu yang ditetapkan.”

Malah untuk mendirikannya pula, harus dalam sufuf yang tegak lurus. Nabi alayhis-salam pernah berkata:

سووا صفوفكم فإن تسوية الصفوف من إقامة الصلاة
“samakanlah saf-saf kamu, kerana sesungguhnya menyamakan sufuf itu adalah sebahagian daripada mendirikan solat”
(sahih al-Bukhari no: 690 dan Sahih Muslim no: 433)

Berjihad merupakan salah satu amalan paling mulia, akan tetapi, cara yang Allah ta’ala suka ialah:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
(الصف:4)
“sesungguhnya Allah mencintai mereka yang berperang di jalan-Nya dalam satu barisan seakan-akan mereka sebuah bangunan yang kebal”

Kalimah ‘soffan’ mansub al al-hal. Dan merupan lafaz mufrad. Jamaknya ‘sufuf’. Bermaksud keadaan mereka BERKEADAAN satu barisan.

Semua yang diajarkan oleh Allah ta’ala dan Rasul alayhis-salam tidak lain dan tidak bukan seharusnya menyusun kehidupan muslim, akan tetapi apabila penunaian ibadat tidak dihayati dengan sempurna, maka tidak dapatlah kita hasilnya.

Pelajar lughah dan baru

Untuk wafidin, jami’ah ada markaz al-lughah al-arabiyyah. Bagi pelajar lughah, seperti biasa penjaga lughah menganak-tirikan lughah dengan melambatkan mula kelas lughah. Baru nak sediakan ujian lisan dan bertulis untuk wafidin yang baru nak masuk jami’ah,untuk tahu adakah dapat terus ke Tahun Satu, atau perlu belajar di lughah dahulu.

Maksudnya tunggu ujian, dan tunggu natijah. Bila depa ni nak tarqim? Itu yang anda kena teka..

Pelajar Malaysia

Malaysiaku yang makmur. Kali ini, pelajarnya semakin ramai di jami’ah tercinta ini. Dulu mungkin boleh dibilang guna jari tangan dan kaki sikit, sekarang rasanya perlu meminjam tangan dan kaki member sebelah, mungkin 2, 3, orang member.

Sekarang susah untuk mengenali yang mana satu pelajar Malaysia, sebab ramai sangat, tak sempat nak buat ta’aruf untuk semua di dapur yang serba sederhana ini. Pelajar Indonesia mencecah 200 orang. Tak tahu nak bezakan.

Alhamdulillah, semakin ramai itu kami do’akan dan insha Allah, semakin baik. Manhaj jami’ah yang menekankan konsep ‘kembali kepada Iman’ masih memerlukan lebih ramai perintis. Allah ta’ala membuka hati kami mempelajari ilmu terulung dalam makhluknya, iaitulah ilmu agamanya.

Amalan terbaik secara mutlak sudah tentunya Iman:

أن رسول الله صلى الله عليه و سلم سئل أي العمل أفضل ؟ فقال ( إيمان بالله ورسوله ) . قيل ثم ماذا ؟ قال ( الجهاد في سبيل الله ) . قيل ثم ماذا ؟ قال ( حج مبرور )
Bahawasanya Rasulallah sallallahu alayhi wasallam ditanya apakah amalan paling afdhal? Maka dia berkata, “mengimani Allah dan rasul-Nya.” Dikatakan kemudiannya apa? Dia berkata, “berjihad di jalan Allah.” Dikatakan kemudiannya apa? Dia berkata, “haji yang mabrur.”
Sahih al-Bukhari no: 1447 dan sahih Muslim no: 83

Ye lah kan, kalau fardhu kifayah tu hukumnya jatuh tidak wajib apabila telah ada jumlah yang cukup melaksanakannya. Contohnya perubatan kedoktoran itu fardhu kifayah sehingga bilangan doktor muslim mencukupi bilangan muslimin, begitu juga bilangan ulama’ jika dinisbahkan kepada seluruh umat manusia! Kerana Islam adalah untuk sejagat, dan tidak cukup hanya dengan seorang, dua orang ulama’!

Apa pun Dapur Iman mengucapkan selamat mengaji untuk semua pelajar Malaysia, dan semua yang membaca ini, semoga tahun ini sukses selalu.

سيروا على بركات الله

0 comments:

 
Powered by Blogger