Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Friday, July 31, 2009

Mungkinkah kita melangkah?

Bukan merungut. Bukan juga menyesal. Perjuangan perlu diteruskan walaupun diri semakin hampir dgn peperangan. Menang kalah bukan urusan kita. Usaha hanya sebagai asbab. Bukan alasan di kala tewas.

Selagi ada jalan. Selagi ada peluang. Selagi ada ruang utk melangkah, pasti di sana ada ketentuan dan natijah dari tuhan.

Orang jahil tidak sama dengan orang alim. Orang buta tidak sama dengan orang yang melihat. Orang yg berusaha juga pasti tidak sama dengan orang yang menyerah. PASTI TIDAK SAMA NATIJAHNYA!

Pastikan kita terus melangkah walaupun apa halangan dan natijah mendatang. Berserah hanya pada tuhan bukan pada syaitan. Rahmat tidak disediakan untuk mereka yg berputus asa.

Menjelang peperiksaan kali ini. Harap semua ikhwah terus thabat!!!

Thursday, July 16, 2009

Adik Kecil

Adik Kecil

"Kenapa hidup ni susah sangat yek Umi?" Adik kecil menyoal. Gusar. Ada keruh pada wajahnya.

"Hidup kan ujian bagi orang beriman. Untuk Allah menilai siapa antara kita yang beramal soleh. Hidup mungkin syurga bagi orang yang mencintai dunia, tetapi hakikatmya, dunia hanyalah padang permainan untuk kita. Sampai masanya, kena 'balik' juga." Perempuan separuh abad itu membuka bicara. Terasa menusuk ke kalbu. Aku hanya diam, berbuat tidak tahu. Mencuri dengar, sebenarnya.

"Tak larat. Umi, Adik sedih. Abang pun sedih..." Dia mengadu lagi.

"Sabarlah sayang....lalui kesusahan dengan redha, di situ ada kekuatan. Ujian datang bukan untuk menyiksa jiwa kita, tetapi sebagai penguat jiwa. Supaya kita lebih dekat pada-Nya. Itupun jika kita memilih untuk dekat pada-Nya. Sayang pada-Nya. Sayang Tuhan tak?" Perempuan separuh umur itu memujuk lagi.

"Sayang. Tapi Adik rasa macam nak hidup dalam mimpi. Nak mimpi syurga. Tapi...Umi jauh, Abah jauh, Tokwan jauh. Camane," dia merengek. Ada sayu pada nada suaranya.

"Jika benar mahu menurut langkah pejuang, Adik mesti kuat. Jika benar mahu turut sama membangkit ummat, adik mesti tabah. Adik kena hadapi ujian yang tersedia ini. Mesti. Dia kan ada. Maha Pengasih, Maha Penyayang. Carilah Dia, selangkah Adik mendekati, seribu langkah Dia menghampiri, " kata-kata itu diringi tumpahan air mata. Adik kecil menangis teresak-esak.

"Abang, Umi kata Adik kena kuat. Jom kita jadik kuat. Jangan sedih- sedih. Allah ada. Jom kita cari Dia," Adik kecil berpaling, berbicara dengan aku. Serentak, si kecil itu berlari keluar.

Aku termangu di sudut itu, tersentak dengan Adik kecil itu. Dia yang sekecil itu, pandai memujuk aku. SubhanalLah.

Sejurus selepas itu, aku tersedar. Adik?

Itu, rupanya mimpiku.

Friday, July 3, 2009

pertandingan bola sepak

strategi yang disangka agak baik untuk main atas padang pasir berbatu hu.hu.hu

"pulun!!..pulun!!.." kata penyokong-penyokong setia kitaorang..(dari pelbagai negara)

"oi!! main la elok skit terabur je kami tengok.." kata manager yang lagi ramai dari penyokong he.he.he...


"oh no....what happen to them.."

macam tu lah reaksi orang yang tengok kami main bola yang ntah ape-ape, dan macam-macam lagi sahut kitaorang dalam hati melayan keletihan bermain,

sebenarnya dah dua tahun tak sertai dalam apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak lajnah sukan jamiah, disebabkan oleh kekurangan pelajar Malaysia diJamiah Iman..yang ada pun bukan semuanya minat hmm..tapi Alhamdulillah tahun ni ada rezeki join semua ni dengan kedatangan pelajar yang ramai..

walaupun tak layak ke peringkat separuh akhir, tapi agak membanggakan dengan tertubuhnya team bola Malaysia yang baru...Insyaallah kami akan usaha lagi pada tahun yang akan datang, mungkin dengan strategi yang lebih bagus Insyaallah...

sekian, majulah sukan untuk negara Malaysia di Jamiah Iman

 
Powered by Blogger