Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Friday, July 3, 2009

pertandingan bola sepak

strategi yang disangka agak baik untuk main atas padang pasir berbatu hu.hu.hu

"pulun!!..pulun!!.." kata penyokong-penyokong setia kitaorang..(dari pelbagai negara)

"oi!! main la elok skit terabur je kami tengok.." kata manager yang lagi ramai dari penyokong he.he.he...


"oh no....what happen to them.."

macam tu lah reaksi orang yang tengok kami main bola yang ntah ape-ape, dan macam-macam lagi sahut kitaorang dalam hati melayan keletihan bermain,

sebenarnya dah dua tahun tak sertai dalam apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak lajnah sukan jamiah, disebabkan oleh kekurangan pelajar Malaysia diJamiah Iman..yang ada pun bukan semuanya minat hmm..tapi Alhamdulillah tahun ni ada rezeki join semua ni dengan kedatangan pelajar yang ramai..

walaupun tak layak ke peringkat separuh akhir, tapi agak membanggakan dengan tertubuhnya team bola Malaysia yang baru...Insyaallah kami akan usaha lagi pada tahun yang akan datang, mungkin dengan strategi yang lebih bagus Insyaallah...

sekian, majulah sukan untuk negara Malaysia di Jamiah Iman

1 comments:

akhtar_7 said...

boleh jugak main bola sepak...masa nie ada tazkiyah amaliah.pandai-pandai la bahagi masa...

hehe..tengah main bola dok teringat camner nak tasmik esok...haha

 
Powered by Blogger