Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Thursday, July 16, 2009

Adik Kecil

Adik Kecil

"Kenapa hidup ni susah sangat yek Umi?" Adik kecil menyoal. Gusar. Ada keruh pada wajahnya.

"Hidup kan ujian bagi orang beriman. Untuk Allah menilai siapa antara kita yang beramal soleh. Hidup mungkin syurga bagi orang yang mencintai dunia, tetapi hakikatmya, dunia hanyalah padang permainan untuk kita. Sampai masanya, kena 'balik' juga." Perempuan separuh abad itu membuka bicara. Terasa menusuk ke kalbu. Aku hanya diam, berbuat tidak tahu. Mencuri dengar, sebenarnya.

"Tak larat. Umi, Adik sedih. Abang pun sedih..." Dia mengadu lagi.

"Sabarlah sayang....lalui kesusahan dengan redha, di situ ada kekuatan. Ujian datang bukan untuk menyiksa jiwa kita, tetapi sebagai penguat jiwa. Supaya kita lebih dekat pada-Nya. Itupun jika kita memilih untuk dekat pada-Nya. Sayang pada-Nya. Sayang Tuhan tak?" Perempuan separuh umur itu memujuk lagi.

"Sayang. Tapi Adik rasa macam nak hidup dalam mimpi. Nak mimpi syurga. Tapi...Umi jauh, Abah jauh, Tokwan jauh. Camane," dia merengek. Ada sayu pada nada suaranya.

"Jika benar mahu menurut langkah pejuang, Adik mesti kuat. Jika benar mahu turut sama membangkit ummat, adik mesti tabah. Adik kena hadapi ujian yang tersedia ini. Mesti. Dia kan ada. Maha Pengasih, Maha Penyayang. Carilah Dia, selangkah Adik mendekati, seribu langkah Dia menghampiri, " kata-kata itu diringi tumpahan air mata. Adik kecil menangis teresak-esak.

"Abang, Umi kata Adik kena kuat. Jom kita jadik kuat. Jangan sedih- sedih. Allah ada. Jom kita cari Dia," Adik kecil berpaling, berbicara dengan aku. Serentak, si kecil itu berlari keluar.

Aku termangu di sudut itu, tersentak dengan Adik kecil itu. Dia yang sekecil itu, pandai memujuk aku. SubhanalLah.

Sejurus selepas itu, aku tersedar. Adik?

Itu, rupanya mimpiku.

0 comments:

 
Powered by Blogger