Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Wednesday, May 13, 2009

Kembali...


'Ish.. Jadi ka kerusi ni.. Kalau ana report kat idaroh(pejabat) boleh dapat kerusi baru dak' keluh luqman.. 'Ana rasa baik kita baiki aja kerusi ni, kalau kita report pun mungkin tahun depan pun tak dapat-dapat.. Hehehe..' kata sudin seolah memperli..
Pengajian hampir dua minggu bermula. Sakit kepala kali ni lebih terbeban pada semester ke dua ni. Ntah la apa nasib kami kali ni.. Bermula pengajian ni macam perkara berlaku.. Tension dgn nataaij (keputusan periksaan), kena murojaah banyak-banyak, tempat tidak sesuai, cara penyampaian sheikh tak menepati citarasa dan sebagainya..
Inilah sebahagian keluhan warga dapur iman di jamiah iman..
Apa pun kami disini bahagia bersama.. Doa antum kami harapkan semoga ukhwah antara kami dan sahabat alam siber kekekalan..

Tuesday, May 5, 2009

hari keluarga dapur iman

Hari rabu baru-baru ini 29/4 sebahagian ahli dapur telah menghabiskan cuti diorang dengar mengadakan program main-main atas puncak bukit syamlan yang gayat tuh..memacam gak bebudak ni buat…kira enjoy la sebelum nak mule belajar balik….

Sebelum-sebelum nih senior je yang plan aktiviti untuk junior. Tapi kitaorang dah ubah tradisi hari tuh, segalanya dirancang baik punye oleh junior. Cayalah kat bebudak tuh, tak sia-sia diorang tak tido malam tu mikir game ape nak buat.

Walaupun dalam program tu ada yang menang dan kalah, tapi ape yang kite harapkan adalah ukhuwah yang terjalin ukuh dicelah keseronokan yang dikecapi…ENJOY…

ni gambar budak-budak yang letih main tepung he.he.he..


mancing botol pun tak dapat cemana la nak mancing slipar kui.kui..


ni mase nak manjat bukit tuh ya Allah.. LETIH!!


game tak sempat nak habis diorang dah kalut nak posing ad-hoc program layan je diorang nih, ni lah sebahagian dari gambar-gambar program hari tu.....ya Allah berkatilah persahabatan kami...





Benarkah Haman Seorang Menteri Kerajaan Firaun?

Oleh: Ibnu Najib

Nama Haman disebutkan sebanyak enam kali di dalam al Quran al Kareem. Namanya juga dikaitkan dengan Firaun sebagai seorang yang berjawatan penting. Dia telah diarahkan oleh Firaun untuk membina sebuah bangunan yang tinggi bagi membolehkan beliau berjumpa dengan ‘Tuhan Musa’ kononnya.

Firman Allah swt:

36. Dan berkatalah Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang Tinggi supaya Aku sampai ke pintu-pintu,
37. (yaitu) pintu-pintu langit, supaya Aku dapat melihat Tuhan Musa dan Sesungguhnya Aku memandangnya seorang pendusta". Demikianlah dijadikan Fir'aun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan (yang benar); dan tipu daya Fir'aun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian. (al Ghafir: 36-37)

Nama Haman tidak dinyatakan di dalam Taurat atau di mana-mana lembaran kitab suci agama lain apabila menceritakan tentang Nabi Allah Musa as kecuali hanya sebuah kitab yang menyatakannya iaitu Kitab ‘Old Testament’. Walaubagaimanapun di dalam kitab tersebut dinyatakan bahawa Haman adalah merupakan seorang pembantu Raja Babilion, sedangkan Kerajaan Babilion mula bertapak di Iraq hanya 1100 tahun selepas zaman Nabi Musa as.

Bagi mereka-mereka yang menganggap bahawa al Quran merupakan kitab yang direka dan dikarang sendiri oleh Nabi Muhammad saw, dan kisah-kisah ummat terdahulu telah disalin daripada Kitab Taurat dan Injil. Pada sangkaan mereka, Muhammad saw telah tersilap tentang Haman kerana mengatakan bahawa dia adalah seorang menteri kepada Firaun sedangkan yang sebenarnya dia adalah seorang penolong Raja Babilion.

Akhirnya ilmu arkeologi telah membuktikan bahawa al Quran lah yang lebih benar sekaligus menyangkal dakwaan mereka. Setelah para ahli arkeologi tersebut dapat membaca tulisan hieroglyph (tulisan mesir purba), maka di situ tercatatlah nama Haman serta pekerjaannya. Tulisan tersebut yang berada di Muzeum Hof, Vienna menyebutkan bahawa Haman adalah seorang ‘ketua kerja-kerja binaan batu’ dan seorang lelaki daripada ‘Kerajaan Baru’ (The name is listed as masculine, from the New Kingdom. The profession translated into German reads Vorsteher der Steinbruch Arbeiter: The Chief / Overseer of the workers in the stone quarries).

Maklumat ini tidak mungkin dapat diketahui pada zaman Rasulullah saw, kerana tulisan hieroglyph telah lupus ditelan zaman dan kembali digunakan kali terakhir pada tahun 394Masihi. Kemudian ianya dilupakan sehingga tiada seorang pun yang mampu membaca dan memahaminya sehinggalah pada tiga ratus tahun kebelakangan ini. Ini berlaku setelah penemuan batu rosetta (Rosetta Stone) pada tahun 1799M. Batu yang berusia ribuan tahun semenjak dari tahun 196 Sebelum Masihi telah menyingkap banyak sejarah Kerajaan Mesir Purba dari segi agama, ekonomi, masyarakat dan lain-lain. Maka dari situlah juga terungkap siapakah sebenarnya Haman serta pekerjaannya, tepat seperti mana yang telah dinyatakan di dalam kitab suci kita al Quran al Kareem.

Dari manakah datangnya segala pengetahuan ini kepada Nabi Muhammad saw, sedangkan tulisan tersebut telah hilang ditelan zaman dan dilupakan. Nama Haman juga telah dilupakan oleh para ahli kitab dan hilang daripada catatan sejarah. Ianya disebutkan kembali setelah al Quran diturunkan 12 kurun sebelum para ahli arkeologi menjumpai Batu Rosetta dan mampu memahami dan membaca tulisan hieroglyph.

Setelah mampu membaca tulisan tersebut, maka tebuktilah bahawa Haman merupakan salah seorang menteri Firaun yang bertugas dalam kerja-kerja pembinaan. Justeru menafikan bahawa al Quran direka dan dikarang oleh Nabi Muhammad saw, malah sumbernya tidak lain tidak bukan adalah daripada Allah swt, tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

 
Powered by Blogger