Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Friday, March 27, 2009

Boycott Israel Dan kawan2 yg sewaktu dgnnya




Sunday, March 22, 2009

muhasabah...

Ujian bulanan kedua menyusul. Masing-masing mempersiapkan diri dengan bekalan ILMU dan AMAL. Bukan mudah sebagai seorang penuntut ilmu berinteraksi dengan soalan-soalan yang diajukan. Kerana itu kita perlu bekalan ILMU dan AMAL.

"Sikit jer muqorrar bulan nie, lagi pun sheikh tu baik".

"Habiskan baca semua muqorrar walaupun tak dapat hafal semua".


Ujian telah berlalu. Sebahagian pelajar keluar dengan hati senang dan mungkin ada sebahagian menyesal dengan pembacaan masing-masing. Terutama madah al-quran yang memerlukan MUJAHADAH dan MUWAZABAH..

“Kalau ana hapai dari awai kan senang”.

“Ana ingat muqarrar jer, muraja’ah banyak sangat la nak kena ingat. Tak sempat nak ulang”.

Walau apa pun yang kita dapat. Ingatlah kepada SUNAN menuntut ilmu yang telah ditetapkan Allah ta’ala. Firman Allah SWT:

“dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan” (Shaffat : 39)

“Maka tidak ada seseorang pun Yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan”. (as sajadah : 17)


Ujian penggal mungkin akan bermula lagi dua minggu. Bagi yang kecundang dalam KEHADIRAN, jangan putus asa. Mungkin masih ada jalan penentu masa hadapan. Sama-sama BERDOA untuk diri dan rakan-rakan. KEJAYAAN terhasil dengan KESUSAHAN. Berusahalah suburkan KEKUATAN, bukan dari SETAN, tapi dari RAHMAT TUHAN.


p/s : saja nak ingatkan diri sendiri juga…..afwan jika ada salah silap

 
Powered by Blogger