Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Saturday, September 6, 2008

Pemergian thobib


5 September adalah sejarah buat thobib kerana pemergian beliau ke Mekah buat pertama kali dalam hidupnya. Pemergian beliau adalah untuk menunaikan umrah yang pertamanya. Beliau akan dibimbing oleh mat yin yang sudah berkali-kali ke mekah. Semoga pemergiannya mendapat rahmat daripada Allah dan pulang membawa sinar baru, Insyaallah..

Friday, September 5, 2008

Keberangkatan Ahli Veteren


3 september lalu telah berangkatnya seorang ahli veteren dapuriman. Beliau Mat Yin (Solihen) merupakan bekas pelajar di jamiah iman yang berpakai ihram (putih) . Beliau telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrahnya buat kali yang ke berkali-kali. Pemergiannya akan disusuli oleh thobib dan juga zuu.. Semoga mereka dapat melakukan ibadat umrah dengan tenang dan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah. Sama-samalah kita doakan semoga mereka dapat pulang dengan selamat dan membawa sinar baru..

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan

Dapuriman mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN MEMPERBANYAKKAN AMALAN bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Sepanjang bulan ramadhan ini dapuriman telah dipenuhi dengan perbagai program. Antara program yang akan dibuat ialah memasak secara berkumpulan, tazkirah bergilir, berbuka puasa dengan warga negara lain, melawat Sheikh-sheikh di jamiah Iman, dan lain-lain lagi. Ahli dapuriman telah mengambil kesempatan dibulan Ramadhan ini untuk mengisi masa dengan amalan-amalan sunat dan melakukan perkara-perkara yang berfaedah sepanjang bulan ini.

Kalau antum terer, mengapa tamar menjadi santapan pertama ketika berbuka puasa?

Dalam kajian Sheikh Majid Al-Zindani menyatakan bahawa "Tamar dikira makanan yang paling kaya dengan gula glukosa. Oleh itu, ia dikira sebagai makanan terbaik yang dibekalkan kepada tubuh pada ketika itu. Ia mengandungi kadar nisbah gula yang tinggi yang berkitar di antara 75-87% iaitu 55% glukosa dan fruktosa sebanyak 45%. Fruktosa akan bertukar kepada glukosa dengan kecepatan yang tinggi dan ia akan diserap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi melegakan kehausan tubuh.Begitu juga vitamin-vitamin yang terkandung dalam tamar. Kesemuanya mempunyai peranan yang aktif terhadap proses pembentukan makanan dan ia juga mempunyai kesan penenang terhadap saraf-saraf."

"Semoga Ramadhan kali ini dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T sehingga ke akhir hayat".

Monday, September 1, 2008

Kepulangan seorang ahli


27 Ogos yang lalu seorang ahli dapur pulang ke tanah air tercinta Malaysia. Beliau merupakan penuntut qismul lughah mustawa 4 di jamiah iman. Sofi sebelah kanan gambar sedih dalam tersenyum atas kepulangan orang yang dianggapnya sebagai adik.

 
Powered by Blogger