Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Tuesday, February 24, 2009

Tidak ketinggalan..


Memandangkan dunia semakin pesat membangun.. Warga dapuriman tidak ketinggalan melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa di Malaysia dan juga diserata dunia. Walaupun mereka tidak berkesempatan (sibuk study) pergi ke cyber cafe atau sebagainya namun sebahagian mereka telah menggunakan kemudahan seperti telefon bimbit untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini daripada internet... Zaman dah maju, kemudahan juga semakin canggih.. Janganlah pula gunakannya ditempat yang salah..

CATATAN...

Baru selesai menjalani ujian bulanan di jamiah iman. kami menganggap ujian sebagai satu jalan. Kehidupan rutin seharian yang hampir sama kami lalui menambah beberapa mutiara-mutiara khibrah bersama teman-teman. Memang ada yang terlalai dan dilalaikan. Namun perkongsian ilmu dan amal menjadi intipan-intipan di celah-celah kelalaian.

Mungkin ada yang kecewa. Mungkin juga berbangga dengan ujian ini. Bergantung pada kesungguhan diri. Ibroh daripada apa yang telah berlaku dan juga cuitan teman-teman.

"Anta nak jadi anak yang soleh kan?"

"Ye la, doakan ana ek".

Kekurangan yang masih banyak pada diri kita segera perlu diperbaiki. Bukan sahaja sebagai seorang pelajar, bahkan hamba yang mengerti hakikat kehidupan. Kekurangan tetap wujud. Cuma kita yang perlu menilai.

إن السمع والبصر والفؤاد كل أولئك كان عنه مسئولا [ الاسراء : 34 ]

Semuanya akan dihitung. Lebih baik sedar di dunia sebelum akhirat. Muhasabah kita sebelum menjelang ujian kedua...

 
Powered by Blogger