Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Saturday, December 18, 2010

Rehlah ke Hudaidah dan Taiz

Pada 14 hingga 16 Dec kami (Rumah Iman dan Dapur Iman) telah menganjurkan rehlah ke Hudaidah dan Taiz untuk pelajar-pelajar yang punyai masa lapang di awal tahun hijrah...rehlah ini disertai lebih 30 orang pelajar yang majoritinya adalah pelajar Jamiah Iman... Butiran:Peserta:       29 dewasa dan 3 kanak-kanakKenderaan:  sebiji bas dan sebiji vanDestinasi:     Hudaidah dan TaizTempoh:      3 hari 2 malam Tentatif:14-12-20108.30pg   -  Bertolak dari sana'a                  -cantik sangat on da way ke sana...rugi sapa yg tarik diri last minute 10.30pg...

Thursday, December 2, 2010

Di Manakah Kita dan Di manakah al-Quran?

 Kitab al Quran al Kareem merupakan kitab yang teragung dan paling mulia. Ia telah menjadikan umat arab jahiliyah yang hidup dalam kesesatan dan terumbang-ambing bertukar menjadi ummat yang terbaik serta memerintah hampir dua pertiga dunia. Malangnya walaupun ummat Islam sekarang juga memiliki kitab al Quran yang sama, tetapi ummat Islam merupakan ummat yang paling mundur dari segenap segi. Kita semua mengakui hakikat bahawa kitab al Quran mampu mengubah hidup manusia, akan tetapi realiti yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.    Sungguhpun kita melihat sekarang, masyarakat mula mengambil berat tentang al Quran, di mana...

Tuesday, November 30, 2010

CORETAN RINGKAS

Alhamdulillah…. Syukur pada tuhan yang mengurniakan nikmat iman dan islam pada diri ini. Sedikit coretan yang ingin dikongsi bersama mengenai piala futsal PERMAYA pada minggu lepas. Walaupun team rumah iman kalah pada suku akhir, kita berpuas hati kerana penyertaan ini dapat meningkatkan ukhuwwah islamiyah dengan lebih rapat. Rasa-rasanya itulah objektif penganjur dalam piala futsal kali ini. Sesekali tersungkur di padang kerana kekasaran pemain merupakan adat dalam permainan bola. Tidak perlu menaruh hati atau menyimpan dendam. Perasaan ingin menang mesti ada pada setiap pemain. Tetapi sifat beralah dan mengalah juga perlu untuk menjamin suasana ukhuwwah. Bukan sikap mengaku kalah. “Maaf, tak sengaja tadi…”“Tak pa. biasa aja nie…” Mental juga amat penting untuk memupuk suasana harmoni dalam...

Sunday, November 21, 2010

Kisah daripada hadith -bukhari muslim

Nabi s.a.w bersabda menceritakan kisah seorang lelaki yang diberi nikmat dunia oleh Allah ta’ala dengan harta yang mewah dan beberapa orang anak. Namun beliau tidak bersyukur dengan nikmat Allah ta’ala malah tenggelam dalam melakukan maksiat sepanjang umurnya. Lalai dengan nikmat duniawi sehingga lupa untuk menyediakan bekalan amalan ukhrawi. Hinggalah tiba detik-detik berakhirnya ajal. Beliau berasa takut lantaran bekalan amalan akhirat yang tandus kering dalam hidupnya. Takut kepada azab neraka Allah yang menanti mereka yang mempersiakan hidup di atas muka bumi. Lantaran ketakutan yang menyelubungi amat kuat, maka beliau merancang untuk...

Tuesday, November 16, 2010

Manusia bukan diciptakan untuk hidup di dunia?

Jika kita perhatikan janin yang mempunyai tangan dan kaki di dalam rahim ibunya. Pasti kita akan mengatakan bahawa janin tersebut bukanlah diciptakan untuk hidup di dalam rahim ibunya. Apakah yang dapat dilakukan di dalam tempat yang amat sempit tersebut. Apakah tujuan di ciptakan tangan dan kaki di dalam rahim ibu. Oleh itu, semua orang pasti mengatakan bahawa janin memang bukan diciptakan untuk hidup di dalam rahim ibu. Manusia juga bukanlah ciptaan yang diciptakan untuk hidup di alam dunia ini. Ada 2 perkara pada diri setiap manusia yang membuktikan bahawa manusia bukanlah diciptakan untuk hidup di alam dunia seperti janin yang tidak diciptakan...

Sunday, November 14, 2010

KEPADA SEMUA!!!

kullu am wa antum bikhair!!!taqabbalallahuminna waminkum...

Tuesday, November 9, 2010

Air asaas kehidupan

Semua benda hidup iaitu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan terdiri daripada sel, samada unisel seperti ameba ataupun multisel seperti manusia. Sel pula terdiri daripada nukleus, sitoplasma dan membran/dinding sel. 75% kandungan sel (sitoplasma) adalah terdiri daripada air. Oleh yang demikian, para saintis membuat kesimpulan, bagi sesuatu benda hidup itu hidup maka ia memerlukan air.Para ahli astronomi pula akan memastikan terlebih dahulu kewujudan air di satu-satu planet bagi membuktikan bahawa wujudnya kehidupan (benda hidup) di planet tersebut. Jika di sana ada air, maka besar kemungkinan ada benda hidup di situ. Kesimpulannya, air merupakan...

Friday, November 5, 2010

I'JAZ BALAGHI

فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آَيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آَيَاتِنَا لَغَافِلُونَ Yang bermaksud: "Maka pada hari ini kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami".(surah yunus:92)             Salah satu daripada mukjizat balaghah di dalam Al quran, adalah kebiasaannya perbezaan pendapat di kalangan mufassirun (ulama' tafsir) tentang makna sesuatu perkataan di dalam al Quran merupakan suatu perbezaan yang membawa...

Thursday, November 4, 2010

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI KEPADA IKHWAH YANG NAK PERGI HAJI TAHUN NIE!DOAKAN KEJAYAAN KAMI DALAM MENUNTUT ILMU DAN MENGEJAR AMAL SOL...

Saturday, October 23, 2010

Video Fikrah Iman: Kesyumulan Islam

Alhamdulillah dengan izin Allah video Fikrah Iman pertama berjaya di'upload' ke youtube.comalhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..Allahu Akbar wa Lillahil hamd.part1pa...

Perkauman.

Bila tengok sheikh cerita pasal assabiyyah perkauman ni teringat suasana Malaysia. Suasana orang Malaysia. Tak kira di Malaysia sendiri atau pun di Yaman.Kira Masha Allah lah syeikh walau pun arab yang tinggal di Yaman tapi berani buka topik ni dalam suasana Yaman yang memang banyak taksub kabilah masing-masing. Mungkin sebab orang Yaman ni lembut menurut kata Nabi sallallahu alayhi wa sallam:أتاكم أهل اليمن هم أرق أفئدة وألين قلوبا الإيمان يمان والحكمة يمانية"telah datang kepada kamu ahliYaman, mereka paling halus jiwanya, dan paling lembut hati (jantung), Iman itu Yaman, dan Hikmah itu Yaman."(Muttafaqun 'alaih)Tapi selalunya dengar kata, Melayu ni lemah-lembut, Arab yang kasar, darah panas?Kalau di Malaysia kita ada politik perkauman. Tak kira Melayu, Cina, atau India. Ada yang mengatakan...

Thursday, October 14, 2010

MUHASABAH UKHUWAH

“Jom kita pi makan broast.”“Esok jumaat. Jom kita pakat pi main bola kat padang syamlan.”“Best jugak kalau kita sembang-sembang kat dapur nih.”Beginilah bentuk ukhuwwah yang dibina. Ataupun cara untuk membina ukhuwwah sesama manusia. Adakah cukup untuk kita berpuas hati hanya dengan ukhuwah yang sebegini sedangkan Tuhan mahukan hamba-hambanya berukhuwwah kerana Allah dan iman sebagai tunjang kepada ikatan ini.Allah SWT berfirman:“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara.” Al hujurat: 10Mungkin kita boleh kategorikan ukhuwah yang di atas adalah pada peringkat awal. Tahap yang boleh dimiliki oleh semua orang samada yang baru atau...

Monday, July 26, 2010

sebelum final exam kat iman hari tue... sejaje lah 4 orang student nih jejalan habiskan duit sempena terbinanya 1 restoran malaysia kat sini.... nama "Restoran Asrama Zahafiz" kalau tak salah la..Boleh tahan....dengan dekor ala² arab plus asia he4..menarik² da boom gak r.. di penuhi poster² "visit malaysia"makanan lak memang ala² restoran malaysia...dah lama kitaorang rindu char kuetiaw (betul ke ejaan nih) AKHIRnya dapat jugak makan... 2 hidangan skali oder..tenganga Abe jadi tukang ambik oder ha2..."kepada orang malaysia.. lambat lagi kot kami nak balik coz dah lepas rindu dah ngn makanan malaysia heh4"cayalah....habes exam kitaorang datang...

Sunday, May 23, 2010

program sepanjang mei

bersama 2 org pelajar ukmjamuan bersama dapur iman dan dapur salaf...

Thursday, April 29, 2010

Program Cuti

Ahli Dapur Iman...lepas games atas Bukit Syamlan...Ammar buat apa tu??Lepas games atas Bukit Syamlan.... Sama gak macam kat atas tadi cuma ubah kedudukan sebab ni pusingan kedua.... Ubadah sedang sampaikan sesuatu..... Hakim yang paling ceria masa slot ini.....Luqman sedang mengatur ayat untuk bercakap.... Ammar yang bercakap dengan penuh kepetahan...Lepas main bola masa Program Liga Bola Sepak.....Walaupun letih tapi tetap ceria..... Semoga segala program yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan ukhuwah dan merealiskan tension belajar (kepada yang tension).....

Monday, March 1, 2010

JELASKAN MATLAMAT!

Kepelbagaian organisasi dan kumpulan-kumpulan dakwah menyebabkan masing-masing mendakwa bahawa mereka ialah yang terbaik dan yang paling dekat dengan Islam. Suasana ini memberi kesan yang amat mendalam kepada masyarakat dalam memahami tujuan dakwah dengan jelas. Tidak perlu dinafikan kerana sudah banyak mereka yang ingin berkorban untuk Islam tetapi terkorban kerana matlamatnya tidak jelas. Ataupun mereka merasa matlamat yang sedang mereka perjuangkan adalah jelas tetapi sebenarnya berpunca daripada hasil fahaman yang syubhah.PAHLAWAN NERAKASyarat penerimaan amalan dalam ibadah ialah ikhlas. Setiap perkara yang dilakukan tanpa ikhlas tidak akan...

Saturday, February 27, 2010

BERBEZAKAH KITA?

Banyak perselisihan berlaku kebelakangan ini. Tidak pasti salah faham atau fitnah penyakit hati yang terbawa-bawa oleh manusia berjiwa dangkal. Samada mereka ini tidak tahu ataupun tidak mahu tahu manakah benar dan manakah salah sehingga tidak dapat mengenalpasti baik buruk. Tambahan pula ia berlaku di kalangan umat islam yang mempunyai ukhuwah berpaksikan keimanan kepada Allah dan Nabi SAW.Apa yang pasti setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Pasangan suami isteri sahaja sudah cukup untuk menjadi contoh bagi menunjukkan perbezaan pendapat di dalam sebuah rumah tangga. Ulama’ juga saling berselisih pendapat dalam masalah hukum. Masing-masing...

Thursday, January 21, 2010

Gotong-royong dapur

النظافة من الإيمان“Kebersihan itu sebahagian daripada Iman.”[tidak disahihkan sebagai hadis Nabi alayhis-salam, tetapi maknanya sahih]Memandangkan kepada keadaan dapur yang kelihatan sempit, kami ahli dapur semasa duduk bersembang-sembang bersepakat untuk mengadakan gotong-royong dapur. Biasalah, apabila sudah lama tidak diasingkan, barangan dapur sudah bercampur dengan barangan peribadi.Jumaat 15 Januari (macam familiar) kami pilih untuk mengadakannya. Kali ini, kami namakan gotong-royong ini, ‘Mengeluarkan Hak Milik Peribadi’ untuk menfokuskan misi kami iaitu bukan mengemas atau membuat susun atur baru, akan tetapi hanya mengasingkan dan mengeluarkan...

Wednesday, January 13, 2010

Mula kelas pukul 8.00 pagi

As-Syeikh Abdul Majeed az-Zindany pernah memberitahu kami, bahawa tidak ada satu pun universiti dalam dunia ini yang memulakan pengajian sejurus selepas solat Subuh, kecuali universiti kami.Manhaj jami’ah menjadikan kelas al-Qur’an (halaqah) bermula sejurus selepas solat Subuh. Begitu juga dengan kelas Tafsir bagi sesetengah tahun pengajian.2 rakaat = haji + umrah !Dengan sistem seperti ini, menyebabkan para pelajar boleh mendapat pahala mudah, kerana an-Nabi alayhis-salam berkata:من صلى الفجر في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس ثم صلى ركعتين كانت له كأجر حجة وعمرة/ تامة تامة تامة“sesiapa yang bersolat Subuh secara berjemaah, kemudia dia duduk mengingati Allah sehingga matahari terbit, kemudian dia bersolat dua rakaat, dia mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah/ sepenuhnya, sepenuhnya,...

Wednesday, January 6, 2010

Solat Gerhana Bulan di Masjid Jami’ah

Tanggal 16hb Muharram, pada malamnya (malam ke-17), telah terjadinya gerhana bulan di Yemen dan lain-lain. (gambar gerhana)Ahli-ahli dapur yang sedang membuat perbincangan malam sesama sendiri tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid, (di jami’ah, semua urusan akan diumumkan dari masjid) lebih kurang jam 10:15 malam berbunyi:الصلاة الجامعة الصلاة الجامعة الصلاة الجامعة“Solat berjemaah! Solat berjemaah! Solat berjemaah!”Saya terus teringat berita dalam satu suratkhabar Malaysia yang gerhana akan berlaku, tetapi tidak teringat pula tarikh dan waktunya.. Kami keluar dari dapur melihat bulan untuk memastikan adakah gerhana bulan atau...

Start Mengaji

Alhamdulillah, 2 Muharram hari Sabtu, selamatlah Jami’ah dibuka kembali untuk sessi 1431. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pengumuman malam sebelum itu memang gempak dan menggempakkan orang lain; "ننبه جميع الطلاب أن الدراسة ستبدأ يوم السبت القادم. علما بأنه سيبدأ الترقيم والتحضير"“Kami mengingatkan semua pelajar bahawa pengajian akan bermula pada hari Sabtu ini. Untuk pengetahuan, akan bermulanya juga ‘pernomboran’ dan tahdhir (pengiraan kehadiran).” Biasalah, untuk membuatkan semua pelajar Yemen yang masih berhore bergumbira di kampung mereka sempena hari raya Adha, pengumuman memang perlu menyebut pengambilan kehadiran, kerana 16% ghiyab (tidak...

Pages 161234 »

 
Powered by Blogger