10 Muwasafat Tarbiyyah
1 - Aqidah yang sejahtera. 2 - Ibadah yang sahih. 3 - Akhlak yang mantap. 4 - Luas pengetahuan. 5 - Sihat tubuh badan. 6 - Mampu berdikari. 7 - Melawan nafsu. 8 - Sangat menjaga masa. 9 - Tersusun urusannya. 10 - Bermanfaat pada orang lain.
Marotib Al 'amal
1 - Peribadi muslim. 2 - Keluarga muslim. 3 - Masyarakat muslim. 4 - Pemerintahan muslim. 5 - Ustaziyatul 'alam.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com.
Friday, April 1, 2011
Saturday, March 12, 2011
Revolusi Dapur Iman
Posted by Anonymous on 4:58 PM
Projek yang di ilhamkan oleh akh Bidin ini menelan belanja sabanyak USD 100 untuk membeli kelengkapan yang tidaklah seberapa tetapi agak mahal di Yaman seperti zink, papan, paku, penukul dan sebagainya.. Dan Alhamdulillah dengan kerjasama semua ahli dapur seramai 12 orang, projek ini berjaya disiapkan dalam masa 4 hari, bermula 7 - 10 march 2011
Lihat lampiran :
Friday, February 11, 2011
Tarbiah keluarga Imam Malik
Posted by Anonymous on 6:11 AM
Terbaca kisah bagaimana cara ibu bapa Imam Malik mendidik Imam Malik sehingga beliau sendiri memilih jalannya sendiri. Sewaktu kecil, Imam Malik adalah seorang budak yang minat menyanyi dan bermain dengan burung merpati sehingga sedikit waktu sahaja beliau habiskan untuk mengulangkaji pelajaran.
Berdasarkan keputusan dalam pengajian, beliau adalah dikalangan yang terkebelakang berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain kerana tidak peduli dengan pelajaran dan sibuk dengan minatnya sendiri. Ibu dan ayahnya amat menaruh harapan Imam Malik akan mejadi seperti mendiang datuknya yang alim dan faqih dalam ilmu agama.

Sehinggalah pada suatu hari ayahnya mengambil keputusan untuk mengadakan pertandingan soal jawab ilmiah setiap kali selesai solat jumaat. Hasilnya, adik kepada Imam Malik jauh lebih kehadapan berbandingnya.
Ayahnya tersenyum melihatnya sambil berkata:
“Burung merpatimu telah lalaikan kamu daripada menuntut ilmu.”
Perkataan itulah yang hanya diucapkan oleh ayahnya. Bukan berbentuk arahan atau kerahan. Sebaliknya ialah petunjuk secara tidak langsung kepada anaknya. Selepas itu Imam Malik pun berkata:
“Aku berasa marah apabila adik mendahuluiku dan aku mengambil keputusan untuk menunjukkan kepada ayah pencapaianku dalam bidang lain. Aku membuat keputusan untuk berjaya dalam nyanyian.”
Disinilah pula kita dapat melihat peranan seorang ibu yang inginkan kejayaan anaknya ketika ia berkata:
“Wahai Malik, seorang penyanyi itu jika tidak mempunyai suara yang merdu walaupun baik paras rupanya tetap tidak akan dipandang manusia.”
Ibunya tidak melontarkan ucapan berunsur penghinaan. Ia tidak mengatakan bahawa suaranya buruk atau memberikan arahan sepertimana ibu bapa pada hari ini yang hanya mengeluarkan arahan kerahan dan paksaan kepada anak sendiri.
“Pergi minum!, Cepat makan!, Baca buku tu sekarang…..”
Ini bukanlah tarbiyah! Tarbiyah ialah dengan cara meningkatkan kemampuan anak. Kemudian Imam Malik berkata:
“Habis, apa yang patut saya lakukan?”
“Kamu tidak akan kehadapan dalam nyanyian, tetapi kamu mungkin akan kehadapan dalam ilmu.” kata ibunya.
Pada malam hari, sebelum tidur beliau berfikir sejenak. Pada keesokan harinya ibunya datang.
“Nak. Ini hadiah baju aku belikan untukmu.”
Ibunya menghadiahkan sepasang baju ulamak. Imam Malik memakai baju tersebut dan meletakkan songkok ulamak di atas kepala dan terus keluar dari rumah.
“Apabila aku keluar dengan pakaian begitu, orang ramai melihatku. Maka aku berasa hebat pada ketika itu.”
Terus Imam Malik masuk semula ke rumah seraya berkata:
“Aku mahu ilmu, aku mahu ilmu!”.
Lihatlah! Beliau sendiri yang meminta dan ingin menimba ilmu. bukan paksaan atau atas kemahuan ibu bapa atau orang lain. Tetapi ia adalah kehendak sendiri dan timbul dari kemahuan sendiri. Maka itulah yang menjadikan beliau seorang alim dan faqih dalam bidangnya.
“Pergilah kepada seorang alim di madinah bernama Rabi’ah. Tuntutlah adabnya dahulu sebelum ilmunya.” Kata ibunya.
*iqtibas dari kitab amr khaled. Wallahua’lam

Saturday, December 18, 2010
Rehlah ke Hudaidah dan Taiz
Posted by Dapur Iman Corporation SDN. BHD. on 9:43 PM
Pada 14 hingga 16 Dec kami (Rumah Iman dan Dapur Iman) telah menganjurkan rehlah ke Hudaidah dan Taiz untuk pelajar-pelajar yang punyai masa lapang di awal tahun hijrah...rehlah ini disertai lebih 30 orang pelajar yang majoritinya adalah pelajar Jamiah Iman...
Butiran:
Peserta: 29 dewasa dan 3 kanak-kanak
Kenderaan: sebiji bas dan sebiji van
Destinasi: Hudaidah dan Taiz
Tempoh: 3 hari 2 malam
Tentatif:
14-12-2010
8.30pg - Bertolak dari sana'a
-cantik sangat on da way ke sana...rugi sapa yg tarik diri last minute
10.30pg - Sarapan
-terima kasih pada yg masak..sarapan paling mewah penah kami makan kredit to bait al-hikmah
2.30ptg - Sampai Hudaidah
-check in hotel (boleh tahan la hotel die) dan rehat
-solat jama'
-makan tengahari yg telah disediakan oleh bait al-hikmah
4.30ptg - pergi pantai
-berseronok(means mandi laut, main pasir dan bergambar)
-bbq ikan dan udang
10.30mlm- pulang ke hotel
15-12-2010
7.30pg - riadah pantai
-sarapan makan mulawwah
-main bola, belon dan pasir
-mandi sampai puas
10.30pg - pulang ke hotel
-rehat, berkemas dan check out
12.30tgh- makan tengahari dan solat jama'
2.00ptg -jalan-jalan di bandar hudaidah
3.30ptg - bertolak ke Taiz
-1st time tengok unta banyak ha7 best2
8.30mlm - sampai Taiz
-Abg Taufiq dan Arip da siap tempah hotel
-makan malam,solat jama' dan rehat
16-12-2010
7.30pg - keluar jalan-jalan
-terpegun dengan suasana berbukit kat sana
-naik jabal sobir bergambar
-naik qasr qaherah letih sangat panjat tangga die, tinggi kot tempat tu...tapi best
10.30pg- sarapan dan check out hotel
11.30pg- bertolak ke jami' janad (masjid muaz bin jabal)
-solat dan dengar taklimat sejarah masjid tersebut dari salah seorang penjaga
1.00ptg -berangkat pulang
-makan tengahari
-berhenti-henti bergambar di kawasan-kawasan cantik seperti Ibb,Yarim dan Zamar
9.00mlm- sampai sana'a... perjalanan yg sepatutnya 5 jam jadi 8 jam he4
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun letih sikit...rasa macam nak jalan lagi tengah tahun nie...nak pegi mana? hah tu yang kite tak tahu....
Thursday, December 2, 2010
Di Manakah Kita dan Di manakah al-Quran?
Posted by Dapur Iman Corporation SDN. BHD. on 7:51 AM
Kitab al Quran al Kareem merupakan kitab yang teragung dan paling mulia. Ia telah menjadikan umat arab jahiliyah yang hidup dalam kesesatan dan terumbang-ambing bertukar menjadi ummat yang terbaik serta memerintah hampir dua pertiga dunia. Malangnya walaupun ummat Islam sekarang juga memiliki kitab al Quran yang sama, tetapi ummat Islam merupakan ummat yang paling mundur dari segenap segi. Kita semua mengakui hakikat bahawa kitab al Quran mampu mengubah hidup manusia, akan tetapi realiti yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
Sungguhpun kita melihat sekarang, masyarakat mula mengambil berat tentang al Quran, di mana syarikat-syarikat percetakan mushaf al Quran yang semakin banyak, radio dan televisyen juga mengumandangkan bacaan ayat-ayat al Quran siang dan malam, kelas-kelas pengajian al Quran serta maahad-maahad tahfiz al Quran yang tumbuh bagaikan cendawan di merata tempat. Akan tetapi semua usaha tersebut masih tidak merealisasikan tanggungjawab kita yang sebenarnya terhadap al Quran. Ia tidak disertai dengan kesedaran bahawa al Quran merupakan faktor utama dan terpenting yang mampu memimpin ummat dan membimbing hidup mereka. Mukjizat al Quran telah dipencilkan. Manusia juga sudah tidak terkesan dengan mukjizat al Quran..
Semua ini tidak syak lagi, bukanlah perkara yang lahir pada hari ini. Bahkan ia merupakan apa yang kita tuai dan kita warisi turun temurun daripada hasil muamalah yang silap terhadap al Quran. Ummat Islam mula menjauhi al Quran sikit demi sedikit. Peranan al Quran yang pada asalnya pemimpin ummat serta penyuluh dan pembimbing hidup mereka, telah menjadi sekadar alat untuk mendapat keberkatan, ia di baca sebagai penyeri majlis-majlis rasmi, dibaca jika ada kehilangan barang, dibaca apabila ada kematian dan dibaca ketika menziarahi kubur. Istilah ahli al Quran diberikan kepada mereka-mereka yang hanya menghafal huruf-huruf dan kalimat-kalimatnya. Dan sistem pengajian al Quran hanya berkisar tentang mempelajari hukum-hukum tajwid, makhraj huruf dan tarunnum serta lagunya sahaja. Seolah-olah kita hidup dalam suatu sistem pendidikan yang terbalik, seluruh manusia di dunia ini membaca untuk balajar sesuatu, tapi kita belajar untuk membaca. Semua usahanya hanya tertumpu kepada bagaimana untuk membaca al Quran dengan baik dari segi makhraj huruf dan hukum tajwidnya. Dia tidak pula merasa aib dan malu apabila tidak memahami makna ayat-ayat al Quran seperti mana dia merasa malu apabila tidak membaca al Quran dengan tajwid yang betul. Ini tidak bermakna kita mengambil sikap sambil lewa dalam mempelajari hukum tajwid dan memperelokkan bacaan. Akan tetapi kita menyeru supaya sistem pengajian al Quran di negara kita disemak kembali agar sampai ke tahap mentadabbur, meneliti dan mengkaji isi kandungannya selari dengan mentahsin al Quran.
Membaca al Quran diungkapkan di dalam bahasa arab dengan tilawatul quran bukannya qiraatul quran. Ini kerana kalimah tilawah berasal dari perkataan tala, yatlu tilawatan yang bermaksud berjalan dibelakangnya serta mengikutnya. Ja’a fulan yatluhu fulan.
Maka sewajarnyalah kita bukan sekadar membaca, malah wajib mengikut segala kandungannya. Firman Allah swt: Sesungguhnya Telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan dengan Kitab Itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.
Di antara perkara pokok yang tiada siapa mempertikaikannya adalah, tujuan utama seseorang itu membaca adalah untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan. Sesiapa yang membaca bahan bacaan samada buku, majalah, suratkhabar, artikel-artikel di internet dan sebagainya, mestilah didorong oleh sikap ingin tahu apa yang hendak disampaikan oleh si penulis tersebut serta maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya. Ini bermakna, tidak mungkin seseorang yang berakal waras membaca sesuatu tanpa memikirkan dan memahami apa yang dibacanya.
Seseorang itu membaca adalah bertujuan untuk mengetahui sesuatu daripada bacaannya tersebut. Manakala jika seseorang meminta kita membaca suatu bacaan, sudah amat pastilah dia mahukan kita memahami mesej yang hendak disampaikan. Kaedah ini dipraktikkan oleh semua manusia di atas muka bumi ini terhadap semua bahan bacaan kecuali satu. Tahukan hadirin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian apakah bahan bacaan tersebut. Dengan penuh rasa insaf ia adalah buku yang paling hebat di muka bumi ini, satu-satunya buku yang tidak ada satu pun kesalahan, keraguan mahupun kebatilan…
Allah swt telah menurunkan al Quran agar manusia membacanya, memikirkan maknanya, memahami kehendaknya kemudian berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamalkannya. Firman Allah azza wajalla: Ini adalah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
Ummat Islam kini merupakan ummat yang paling ketinggalan serta terkebelakang sedangkan ditangan mereka telah ada suatu perkara yang mampu menjadikan mereka ummat yang paling hadapan dan maju jaya. Allah merupakan sumber kemuliaan dan kemegahan kita. Ya, itulah peranannya serta kemampuan yang dimilikinya.
Maka apakah yang telah dilakukan oleh kita dengan kemuliaan yang kita miliki ini? Dukacita sekali kerana kita telah mengabaikannya serta meninggalkannya dan dalam masa yang sama kita mendakwa bahawa kita sentiasa mengambil berat dan memandang tinggi terhadap al Quran. Barangkali ungkapan yang paling sesuai adalah kita mengangkatnya untuk mengabaikannya.
Di sini mungkin timbul persoalan, apakah yang dimaksudkan dengan kita mengangkatnya untuk mengabaikannya, sedangkan perkataan mengangkat menunjukkan sesuatu yang positif dan mengabaikan merupakan sesuatu yang negatif. Bagaimanakah dua perkataan yang berlawanan digandingkan bersama. Memang sesungguhnya itulah hakikat yang berlaku, kita memang mengangkat al Quran ke tempat yang tinggi sehingga sukar diambil untuk dibaca, dan kita juga memang memandang tinggi terhadap ayat-ayat al Quran yang tergantung di dinding-dinding rumah kita dan di masjid serta surau kita. Lalu kita mengabaikan kandangan al Quran, kita tidak memahami kesyumulan ajaran al Quran. Yang mana kita mahu kita ambil, dan yang mana tidak sesuai dengan hawa nafsu kita, maka dilempar jauh dengan hujjah ianya ketinggalan zaman. Rasulullah saw pernah mengadu mengenainya kepada Allah seperti yang dirakamkan oleh Allah di dalam surah al Furqan ayat 30: Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan”.
Tuesday, November 30, 2010
CORETAN RINGKAS
Posted by Dapur Iman Corporation SDN. BHD. on 11:09 PM
Alhamdulillah….
Syukur pada tuhan yang mengurniakan nikmat iman dan islam pada diri ini. Sedikit coretan yang ingin dikongsi bersama mengenai piala futsal PERMAYA pada minggu lepas.
Walaupun team rumah iman kalah pada suku akhir, kita berpuas hati kerana penyertaan ini dapat meningkatkan ukhuwwah islamiyah dengan lebih rapat. Rasa-rasanya itulah objektif penganjur dalam piala futsal kali ini.
Sesekali tersungkur di padang kerana kekasaran pemain merupakan adat dalam permainan bola. Tidak perlu menaruh hati atau menyimpan dendam. Perasaan ingin menang mesti ada pada setiap pemain. Tetapi sifat beralah dan mengalah juga perlu untuk menjamin suasana ukhuwwah. Bukan sikap mengaku kalah.
“Maaf, tak sengaja tadi…”
“Tak pa. biasa aja nie…”
Mental juga amat penting untuk memupuk suasana harmoni dalam permainan. Kejutan dan terjahan dari pihak lawan boleh memberi tekanan kepada mental pemain. Akibatnya, kekasaran dan ungkapan keji terhasil. Tambahan pula dengan sikap peribadi yang kurang disenangi oleh sebahagian orang menyebabkan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.
Sokongan dan jeritan penonton amat memberi kesan jika tidak ada persediaan mental yang kuat. Mungkin agak susah untuk mengawal emosi ketika berada dalam padang. Namun, nilai-nilai islam perlu dijaga daripada pihak pemain mahupun penonton.
Biarlah piala futsal ini berakhir dengan baik, ukhuwwah dan mahabbah. AL AMAL BIL KHAWATIM!.... Desas desus selepas bermain hanya akan membangkitkan amarah yang sedia ada. Berlapang dada adalah jalan terbaik!!!....
Sunday, November 21, 2010
Kisah daripada hadith -bukhari muslim
Posted by Dapur Iman Corporation SDN. BHD. on 6:03 AM
Nabi s.a.w bersabda menceritakan kisah seorang lelaki yang diberi nikmat dunia oleh Allah ta’ala dengan harta yang mewah dan beberapa orang anak. Namun beliau tidak bersyukur dengan nikmat Allah ta’ala malah tenggelam dalam melakukan maksiat sepanjang umurnya. Lalai dengan nikmat duniawi sehingga lupa untuk menyediakan bekalan amalan ukhrawi.
Hinggalah tiba detik-detik berakhirnya ajal. Beliau berasa takut lantaran bekalan amalan akhirat yang tandus kering dalam hidupnya. Takut kepada azab neraka Allah yang menanti mereka yang mempersiakan hidup di atas muka bumi.
Lantaran ketakutan yang menyelubungi amat kuat, maka beliau merancang untuk melarikan diri daripada azab Allah. Beliau menyeru anak-anaknya dan menyatakan hasratnya. Kemudian memerintahkan supaya mayatnya nanti dibakar dan sebahagian abunya dilemparkan ke dalam laut dan sebahagian lagi diterbangkan ke udara.
Keadaan beliau dan anak-anak yang jahil dengan kekuasaan dan kekuatann Allah ta’ala mendorong anak-anaknya melaksanakan perintah tersebut dengan mudah. Dua dosa besar telah dilakukan oleh lelaki tadi. Pertama beliau menjadikan hidupnya sia-sia dengan maksiat. Kedua, kejahilan beliau bahawa Allah ta’ala mampu menghidupkan sesuatu dengan cara apa sekalipun.
Selepas daripada itu, Allah s.w.t memetintahkan laut dan darat supaya mengumpulkan jasad beliau dan Allah s.w.t bertanya: mengapa kamu lakukan semua ini? Beliau menjawab: lantaran teramat takut kepadaMu ya Rabb! Maka dengan rahmat Allah, diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.
Tuesday, November 16, 2010
Manusia bukan diciptakan untuk hidup di dunia?
Posted by Anonymous on 10:04 PM
Jika kita perhatikan janin yang mempunyai tangan dan kaki di dalam rahim ibunya. Pasti kita akan mengatakan bahawa janin tersebut bukanlah diciptakan untuk hidup di dalam rahim ibunya. Apakah yang dapat dilakukan di dalam tempat yang amat sempit tersebut. Apakah tujuan di ciptakan tangan dan kaki di dalam rahim ibu. Oleh itu, semua orang pasti mengatakan bahawa janin memang bukan diciptakan untuk hidup di dalam rahim ibu.

Manusia juga bukanlah ciptaan yang diciptakan untuk hidup di alam dunia ini. Ada 2 perkara pada diri setiap manusia yang membuktikan bahawa manusia bukanlah diciptakan untuk hidup di alam dunia seperti janin yang tidak diciptakan untuk hidup di dalam rahim ibunya
‘Siapa yang mahu mati?’ Tanya seorang penceramah kepada hadirin. Tidak ada seorang pun yang menjawab saya mahu mati. Semua orang inginkan agar dipanjangkan umur, dan kalau boleh tidak mahu mati lansung. Biar dia dapat melihat semua keturunannya, dia belum puas menikmati hidup. Orang yang mahu mati cepat hanyalah orang yang putus asa untuk hidup.
Seorang jutawan sentiasa bekerja keras untuk menambah hartanya walaupun harta yang ada padanya sekarang tidak habis digunakan sehingga tujuh keturunannya. Manusia tidak akan pernah puas mengumpul harta.
‘Haikal rasa nak tukarlah kereta BMW tu, sekarang dah keluar model baru’. Luah Haikal kepada ayahnya Datuk Hashim, walaupun di rumahnya sudah mempunyai 7 kereta mewah.
Setelah habis menguasai bumi dia mahu ke bulan pula. Setelah itu planet marikh pun mahu dijelajahinya. Begitulah tabiat kejadian manusia, fitrah kejadian manusia memang ingin hidup selama-lamanya dan tidak akan pernah puas dengan apa yang ada. Dua bukti tersebut menunjukkan bahawa manusia bukanlah diciptakan untuk hidup di dunia ini. Semua saintis telah bersepakat bukan sahaja bumi, bahkan seluruh alam ini akan musnah juga pada suatu hari nanti. Segala khazanah yang ada di bumi juga tidak cukup untuk menampung nafsu serakah manusia yang tidak pernah berasa puas.
Allah swt yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana tidak akan mensia-siakan fitrah kejadian yang telah diciptakan-Nya. Dia telah menyediakan suatu alam yang lain untuk manusia memperolehi apa yang dihajatinya sekarang yang mustahil dapat dikecapi di alam dunia. Ya! Alam tersebut adalah alam akhirat, di syurga Allah yang telah disediakan bagi hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa. Hamba yang tidak leka dengan kehidupan dunia yang bersifat sementara dan penuh tipu daya.
Firman Allah: “Masukilah syurga itu dengan aman, Itulah hari yang berkekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi kami ada tambahannya.” Surah Qaaf: 34-35
Oleh: Ibnu Najeeb
Sunday, November 14, 2010
Tuesday, November 9, 2010
Air asaas kehidupan
Posted by Anonymous on 6:23 AM

Semua benda hidup iaitu manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan terdiri daripada sel, samada unisel seperti ameba ataupun multisel seperti manusia. Sel pula terdiri daripada nukleus, sitoplasma dan membran/dinding sel. 75% kandungan sel (sitoplasma) adalah terdiri daripada air. Oleh yang demikian, para saintis membuat kesimpulan, bagi sesuatu benda hidup itu hidup maka ia memerlukan air.
Para ahli astronomi pula akan memastikan terlebih dahulu kewujudan air di satu-satu planet bagi membuktikan bahawa wujudnya kehidupan (benda hidup) di planet tersebut. Jika di sana ada air, maka besar kemungkinan ada benda hidup di situ. Kesimpulannya, air merupakan perkara asas kepada benda hidup. Perkara ini telah dijelaskan oleh ALLAH swt kepada RasulNya Muhammad saw dalam al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Firman ALLAH:
مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ (30
yang bermaksud: “Dan dari air, Kami jadikan semua benda hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga mau beriman?” (Surah Al-Anbiya: 30)

Bagaimanakah Nabi Muhammad saw mengetahui hakikat tersebut sedangkan saiz setiap satu sel tidak lebih daripada 0.00001mm dan para saintis pula hanya mencipta mikroskop pada awal kurun ke-18???
Ini membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw benar-benar seorang Rasul yang diutus oleh ALLAH swt dan al Quran pula benar-benar merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepada Baginda saw. Ia juga membuktikan kepada kita bahawa segala benda hidup diciptakan oleh Pencipta yang sama (Allah), kerana asas kejadian semua benda hidup adalah sama iaitu AIR, sekaligus memberitahu kita sesungguhnya Allah Maha Esa dan tiada tuhan melainkan Allah.
Maka mengapakah masih ada juga yang tidak mau beriman? W/a…
Friday, November 5, 2010
I'JAZ BALAGHI
Posted by Dapur Iman Corporation SDN. BHD. on 6:45 AM
فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آَيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آَيَاتِنَا لَغَافِلُونَ
Yang bermaksud: "Maka pada hari ini kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami".(surah yunus:92)
Salah satu daripada mukjizat balaghah di dalam Al quran, adalah kebiasaannya perbezaan pendapat di kalangan mufassirun (ulama' tafsir) tentang makna sesuatu perkataan di dalam al Quran merupakan suatu perbezaan yang membawa maksud yang pelbagai, bukannya perbezaan yang berlawanan maksudnya di antara satu sama lain (خلاف تنوع لا خلاف تضاد).
Jika seseorang itu meneliti pendapat para mufassirun tersebut, maka dia akan mendapati bahawa kebanyakkan perkataan di dalam al Quran mempunyai makna yang banyak, atau dalam erti kata yang lain, satu perkataan mengandungi pelbagai maksud. Bahkan makna yang pelbagai tersebut saling berkaitan serta melengkapi di antara satu dengan yang lain. Ianya sekaligus membuktikan keindahan bahasa al Quran yang merupakan kalam Allah yang ringkas dan pendek tetapi membawa maksud yang banyak dan mendalam jika kita mentadabburinya.
Salah satu contohnya ialah seperti ayat di atas. Ulama' Tafsir menafsirkan perkataan ننجيك seperti berikut:-
1- Lafaz tersebut membawa maksud النجاء iaitu mempercepatkan, yakni pada hari ini kami mempecepatkan kemusnahan kamu.
2- Dan dikatakan juga: Ianya bermakna kami jadikan kamu seperti النجاء iaitu sesuatu yang disingkirkan dan dibuang seperti sampah, yakni pada hari ini kami menyingkirkan dan membuang kamu seperti sampah sarap.
3- Pendapat yang lain pula: Ia berasal daripada perkataan النجو iaitu tenggelam, yakni pada hari ini kami menenggelamkan kamu di dalam laut.
4- Maksudnya adalah menyelamatkan, yakni pada hari ini kami keluarkan kamu dari laut dengan selamat tanpa sedikit pun kecederaan pada badanmu.
5- Ianya membawa maksud النجاة iaitu melepas ia akan dia, yakni pada hari ini kami melepaskan rohmu daripada badanmu.
6- Ianya memberi makna النجا iaitu berhadas (buang air), yakni pada hari ini kami jadikan kamu sampai terbuang air tanpa disedari; ia sebagai menambahkan lagi penghinaan ke atas Firaun.
7- Dan ada yang mengatakan bahawa maknanya: dan pada hari ini kami keluarkan kamu dari laut dengan bertelanjang bulat.
8- Dikatakan juga mengatakan maksud ayat tersebut adalah: dan pada hari ini kami keluarkan kamu dari takhta kamu keseorangan diri.
9- Dan akhir sekali maknanya نجوة من الأرض suatu tempat yang tinggi, yakni: dan pada hari ini kami melemparkan kamu ke suatu tempat yang tinggi.
Kesimpulannya, jika kita gabungkan kesemua pendapat di atas, maka kita akan dapati bahawa ianya seolah-olah menghasilkan sebuah cerita yang lengkap bagaimana bermulanya peristiwa Firaun ditenggelamkan oleh Allah swt di dalam laut sehingga ke akhirnya serta apa yang sedang berlaku semasa Firaun sedang tenggelam.
Kisahnya boleh dianggap lebih kurang seperti berikut wallahu 'alam: maka pada hari ini, Kami mempercepatkan kemusnahanmu (Fir'aun), maka Kami mencampakkan kamu ke dalam laut seperti sampah yang tidak berguna, lalu Kami membiarkan kamu tenggelam dan kelemasan di dalamnya, sehinggakan kamu berhadas (terberak-berak dan terkencing-kencing) tanpa kamu sedari kerana terlalu cemas, kemudian kami keluarkan jasadmu tanpa roh (mayat) dari laut dengan selamat tanpa sedikit pun kecederaan atau dimakan oleh haiwan laut dalam keadaan bertelanjang bulat keseorangan diri sahaja serta telah kehilangan segala takhta kerajaan dan kekuasaan kamu, dan akhirnya kami lemparkan kamu kamu ke suatu tempat yang tinggi agar dapat dijumpai dan dilihat oleh kaummu yang sebelumnya meragui akan kematian kamu.
Begitulah terserlahnya keagungan dan keindahan bahasa al Quran (I'jaz Balaghi) yang mengungkapkan satu perkataan sahaja tetapi mengandungi pelbagai maksud untuk menceritakan sebuah kisah yang panjang.
Di sana terdapat satu lagi perkara yang menarik perhatian kita iaitu, kenapakah Allah swt mengatakan فاليوم ننجيك (maka pada hari ini kami sealamatkan kamu) sedangkan menurut kaedah nahu yang lebih tepat (didahulukan 'amil sebelum ma'mulnya) adalah فننجيك اليوم (maka kami selamatkan kamu pada hari ini)? Jawabnya wallahu 'alam; maksud Allah menyelamatkan Fir'aun hanyalah terhad pada dunia ini sahaja agar ummatnya dan ummat di kemudian hari dapat mengambil tauladan dan pengajaran yakni Kami tidak selamatkan kamu kecuali pada hari ini sahaja (di dunia).
Di dalam ayat ini juga terdapat satu lagi mukjizat al Quran, Nabi Muhammad saw telah memberitahu kita sebelum 1400 tahun dahulu bahawa Allah swt telah menyelamatkan jasad Fir'aun yang mengejar Nabi Musa as dan Bani Israel. Dan sekarang kita semua masih dapat melihat jasad tersebut yang masih utuh tersimpan di sebuah muzium di Mesir. Jasad tersebut telah dilakukan satu bedah siasat oleh sekumpulan pakar perubatan dan forensik di antaranya Prof. Dr. Maurice Bucaille. Bedah siasat yang dilakukan di Perancis itu mendapati bahawa itulah jasad Fir'aun yang telah ditenggelami air yang kemudiannya telah diselamatkan oleh Allah Ta'ala seperti yang dinyatakan di dalam al Quran.
Oleh yang demikian, segalanya membuktikan bahawa kitab al Quran benar-benar merupakan Kalam Allah swt yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw. Justeru menjelaskan kepada kita yang al Quran memang sebuah kitab suci dan wahyu Allah yang tulin dan masih terpelihara segala isi kandungannya, serta Nabi Muhammad saw sememangnya merupakan seorang nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah swt buat ummat manusia akhir zaman ini.
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى . إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى
(surah an-najm:3-4)
Thursday, November 4, 2010
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI
Posted by akhtar_7 on 12:35 AM
Saturday, October 23, 2010
Video Fikrah Iman: Kesyumulan Islam
Posted by Dapur Iman Corporation SDN. BHD. on 6:40 PM
Alhamdulillah dengan izin Allah video Fikrah Iman pertama berjaya di'upload' ke youtube.com
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Allahu Akbar wa Lillahil hamd.
part1
part2
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Allahu Akbar wa Lillahil hamd.
part1
part2
Perkauman.
Posted by Dapur Iman Corporation SDN. BHD. on 7:00 AM
Bila tengok sheikh cerita pasal assabiyyah perkauman ni teringat suasana Malaysia. Suasana orang Malaysia. Tak kira di Malaysia sendiri atau pun di Yaman.
Kira Masha Allah lah syeikh walau pun arab yang tinggal di Yaman tapi berani buka topik ni dalam suasana Yaman yang memang banyak taksub kabilah masing-masing. Mungkin sebab orang Yaman ni lembut menurut kata Nabi sallallahu alayhi wa sallam:
أتاكم أهل اليمن هم أرق أفئدة وألين قلوبا الإيمان يمان والحكمة يمانية
"telah datang kepada kamu ahliYaman, mereka paling halus jiwanya, dan paling lembut hati (jantung), Iman itu Yaman, dan Hikmah itu Yaman."
(Muttafaqun 'alaih)
(Muttafaqun 'alaih)
Tapi selalunya dengar kata, Melayu ni lemah-lembut, Arab yang kasar, darah panas?
Kalau di Malaysia kita ada politik perkauman. Tak kira Melayu, Cina, atau India. Ada yang mengatakan kita mengangkat Melayu kerana Melayu itu Islam. Melambangkan Islam. Cantik. Tak Salah. Memang tak salah. Tapi bila tengok apa yang dibuat lain pula daripada yang dikata. Kenapa diangkat individu atau syarikat yang Melayu tapi tak Islamik? Sebab dia Melayu? Tak ke nampak ke'assabiyyah'an di sini?
Kalau di sini pula lain. Ramai suka duduk dengan Melayu je. Camana nak 'power' bahasa Arab? Program pun dengan Melayu je.
Kalau direnung dan difikirkan, mana kesyumulan dan ke'alamiyyah (antarabangsa) Islam dan Jemaah yang kita semua mengaku kita bawa tu, kalau kita (ya, kita. saya dan anda) tak pernah pun duduk berprogram dengan selain orang Melayu? Kecuali program sampingan sebagai jemputan khas je?
Entahlah.
Saja nak menulis.

Thursday, October 14, 2010
MUHASABAH UKHUWAH
Posted by akhtar_7 on 1:26 AM
“Jom kita pi makan broast.”
“Esok jumaat. Jom kita pakat pi main bola kat padang syamlan.”
“Best jugak kalau kita sembang-sembang kat dapur nih.”
Beginilah bentuk ukhuwwah yang dibina. Ataupun cara untuk membina ukhuwwah sesama manusia. Adakah cukup untuk kita berpuas hati hanya dengan ukhuwah yang sebegini sedangkan Tuhan mahukan hamba-hambanya berukhuwwah kerana Allah dan iman sebagai tunjang kepada ikatan ini.
Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara.” Al hujurat: 10
Mungkin kita boleh kategorikan ukhuwah yang di atas adalah pada peringkat awal. Tahap yang boleh dimiliki oleh semua orang samada yang baru atau yang lama berkawan tetapi tidak mampu menggilap iman sahabatnya sehingga boleh meningkat.
Sedangkan…...
Ukhuwah adalah perintah Allah
Ukhuwah adalah pintu ke syurga
Ukhuwah adalah pembina kekuatan iman
Ukhuwah dapat membina diri dan amal
Ukhuwah boleh membebaskan diri dari api neraka

Namun apabila hubungan kepada Allah diabaikan dalam ukhuwah. Kita akan mendapati kelonggaran dalam ibadah dan kehausan dalam iman dan amal. Kerana ukhuwah boleh menyelamatkan iman sahabatnya. Bukankah nabi SAW bersabda:

“Seorang muslim sebenar ialah mereka yang menyelamatkan seorang muslim yang lain daripada bahaya lidah dan tangannya.” -bukhari
Jika kita tidak mahu saudara kita disakiti di dunia. Apatah lagi sudah tentu kita amat tidak mahu jika dia diazab di akhirat kelak. Jadi ukhuwah yang berlandaskan iman sahaja yang mampu menyelamatkan temannya.
“Jom kita pi solat kat masjid!”
“Awak dah baca mathurat ke belum?”
“Esok ada ifthor dan qiam. Ajaklah kawan-kawan anta skali.”
Biar kita hidup dengan iman dan mempunyai sahabat yang beriman. Barulah setiap amal berterusan.

Monday, July 26, 2010
Posted by Anonymous on 3:06 PM
sebelum final exam kat iman hari tue... sejaje lah 4 orang student nih jejalan habiskan duit sempena terbinanya 1 restoran malaysia kat sini.... nama "Restoran Asrama Zahafiz" kalau tak salah la..
Boleh tahan....dengan dekor ala² arab plus asia he4..menarik² da boom gak r.. di penuhi poster² "visit malaysia"
makanan lak memang ala² restoran malaysia...dah lama kitaorang rindu char kuetiaw (betul ke ejaan nih) AKHIRnya dapat jugak makan... 2 hidangan skali oder..tenganga Abe jadi tukang ambik oder ha2..."kepada orang malaysia.. lambat lagi kot kami nak balik coz dah lepas rindu dah ngn makanan malaysia heh4"
cayalah....habes exam kitaorang datang lagi k...ustaz Ikram n ustaz Bilal....bye...

Sunday, May 23, 2010
Thursday, April 29, 2010
Program Cuti
Posted by Anonymous on 3:02 PM
Monday, March 1, 2010
JELASKAN MATLAMAT!
Posted by akhtar_7 on 5:41 PM
Kepelbagaian organisasi dan kumpulan-kumpulan dakwah menyebabkan masing-masing mendakwa bahawa mereka ialah yang terbaik dan yang paling dekat dengan Islam. Suasana ini memberi kesan yang amat mendalam kepada masyarakat dalam memahami tujuan dakwah dengan jelas. Tidak perlu dinafikan kerana sudah banyak mereka yang ingin berkorban untuk Islam tetapi terkorban kerana matlamatnya tidak jelas. Ataupun mereka merasa matlamat yang sedang mereka perjuangkan adalah jelas tetapi sebenarnya berpunca daripada hasil fahaman yang syubhah.
PAHLAWAN NERAKA
Syarat penerimaan amalan dalam ibadah ialah ikhlas. Setiap perkara yang dilakukan tanpa ikhlas tidak akan diterima Allah SWT. Boleh jadi juga bercampur unsur syirik jika niat disertakan dengan selain Allah SWT. Fudhail bin ‘Iyadh berkata:

“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’ dan beramal kerana mansia adalah syirik. Ikhlas adalah apabila Allah SWT membersihkan kamu dari keduanya” (al kabair oleh az Zahabi)
Ada juga satu kisah disebut dalam sohih bukhari tentang seorang sahabat yang bernama Qozman yang berperang dalam satu peperangan:
“…dalam barisan muslimin juga terdapat seorang lelaki yang tidak berjumpa musuh kecuali ia membunuhnya sehingga ia terbunuh.
Para sahabat berkata kepada Rasulullah SAW: “Tidak seorangpun yang dapat berbuat seperti fulan ini.”
Rasulullah SAW menjawab: “Sesungguhnya dia adalah ahli neraka”.
Pada akhir hadis Rasulullah SAW bersabda:

“bahawa seorang lelaki beramal dengan amalan ahli syurga seperti yang dipandang manusia sedangkan dia ialah ahli neraka” (sohih bukhari, bab perang khaibar, 4202)

TERSASAR WALAUPUN BERSAMA
Dalam kitab Fathul Bari ada disebutkan bahawa Qatadah bin Nu’man melintasi Qozman ketika sedang berperang.
“Tahniah pada kamu dengan syahid(jika kamu mati syahid)” Qatadah menyapa.
“Demi Allah aku tidak berperang kerana agamaku, tetapi aku berperang kerana kaumku”.
Ikhwah yang dirahmati Allah,
Kita perlu menetapkan tujuan dengan jelas supaya kita tidak tersasar daripada Islam. Jika kita berjuang dalam salah satu jamaah daripada jamaah islam, kita perlu faham ia adalah salah satu wasilah bagi melaksanakan tujuan asal iaitu islam. Jangan berjuang kerana wasilah atau jamaah, tetapi berjuanglah kerana Islam.
Inilah seruan para nabi yang hanya menyeru manusia kepada Allah walaupun berbeza kaum dan bangsa. Menyeru kepada adab dan akhlak islam serta beramal dengan hukum islam. Darah kita hanya untuk jamaah islam, bukan untuk jamaah daripada jamaah islam. Jangan sasarkan matlamat kita dengan penjajahan pemikiran syaitan kerana ia akan mencemarkan keikhlasan dalam berjuang.
sumber: hambamurabbi.blogspot.com

Saturday, February 27, 2010
BERBEZAKAH KITA?
Posted by akhtar_7 on 5:28 PM
Banyak perselisihan berlaku kebelakangan ini. Tidak pasti salah faham atau fitnah penyakit hati yang terbawa-bawa oleh manusia berjiwa dangkal. Samada mereka ini tidak tahu ataupun tidak mahu tahu manakah benar dan manakah salah sehingga tidak dapat mengenalpasti baik buruk. Tambahan pula ia berlaku di kalangan umat islam yang mempunyai ukhuwah berpaksikan keimanan kepada Allah dan Nabi SAW.
Apa yang pasti setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Pasangan suami isteri sahaja sudah cukup untuk menjadi contoh bagi menunjukkan perbezaan pendapat di dalam sebuah rumah tangga. Ulama’ juga saling berselisih pendapat dalam masalah hukum. Masing-masing mengemukakan hujah dan dalil sendiri untuk memperkuatkan pandangan mereka.
Firman Allah SWT:

“Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” (Hud: 118)
Para ulama’ menafsirkan bahawa mereka yang akan sentiasa berselisih adalah di kalangan muslim dan kuffar atau di antara yang benar dan yang batil. Namun perbezaan juga berlaku sesama muslim yang memperjuangankan agama Allah. Sebenarnya, perbezaan dari sudut wasilah dan wajihah dakwah bukan mununtut perpecahan, tetapi dapat ia membawa kepada kematangan dan kebersamaan supaya saling lengkap melengkapi.

Tetapi yang pasti perselisihan ini tidak boleh membawa kepada pertengkaran dan pecah belah. Kita perlu membezakan di antara ikhtilaf tanawwu’(pelbagai) atau pun tadhood(berlawan). Syed qutb ada menyatakan dalam fi zilal bagi ayat 213 surah al baqarah:
“Di sini jelaslah satu hakikat yang besar bahawa daripada tabiat manusia itu saling berikhtilaf kerana ikhtilaf adalah daripada asal penciptaan manusia sebagai hikmah yang besar untuk mendapat kekuasaan di atas muka bumi ini. Khilafah ini memerlukan tugas yang berbeza-beza dan persediaan dari setiap segi supaya semua saling lengkap melengkapi dan bergabung” (fi zilal quran)
Penyelesaian
Islam adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Jika ada perselisihan faham, maka kembalilah kepada al quran dan sunnah kerana inilah sumber kita. Firman Allah SWT:

“Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. “ (an nisa’: 59)
Bermakna setiap penyelesaian perlu merujuk kepada dua sumber ini. Menggunakan prinsip-prinsip islam dan kaedah-kaedah yang syar’ei. Tidak kira dari aspek adab, akhlak mahupun hukum. Bukan mengikut akal sendiri yang terhad dan hawa nafsu membabi buta.