Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Saturday, October 23, 2010

Perkauman.

Bila tengok sheikh cerita pasal assabiyyah perkauman ni teringat suasana Malaysia. Suasana orang Malaysia. Tak kira di Malaysia sendiri atau pun di Yaman.

Kira Masha Allah lah syeikh walau pun arab yang tinggal di Yaman tapi berani buka topik ni dalam suasana Yaman yang memang banyak taksub kabilah masing-masing. Mungkin sebab orang Yaman ni lembut menurut kata Nabi sallallahu alayhi wa sallam:

أتاكم أهل اليمن هم أرق أفئدة وألين قلوبا الإيمان يمان والحكمة يمانية

"telah datang kepada kamu ahliYaman, mereka paling halus jiwanya, dan paling lembut hati (jantung), Iman itu Yaman, dan Hikmah itu Yaman."
(Muttafaqun 'alaih)

Tapi selalunya dengar kata, Melayu ni lemah-lembut, Arab yang kasar, darah panas?

Kalau di Malaysia kita ada politik perkauman. Tak kira Melayu, Cina, atau India. Ada yang mengatakan kita mengangkat Melayu kerana Melayu itu Islam. Melambangkan Islam. Cantik. Tak Salah. Memang tak salah. Tapi bila tengok apa yang dibuat lain pula daripada yang dikata. Kenapa diangkat individu atau syarikat yang Melayu tapi tak Islamik? Sebab dia Melayu? Tak ke nampak ke'assabiyyah'an di sini?

Kalau di sini pula lain. Ramai suka duduk dengan Melayu je. Camana nak 'power' bahasa Arab? Program pun dengan Melayu je.

Kalau direnung dan difikirkan, mana kesyumulan dan ke'alamiyyah (antarabangsa) Islam dan Jemaah yang kita semua mengaku kita bawa tu, kalau kita (ya, kita. saya dan anda) tak pernah pun duduk berprogram dengan selain orang Melayu? Kecuali program sampingan sebagai jemputan khas je?

Entahlah.

Saja nak menulis.

5 comments:

akhtar_7 said...

mungkin orang malaysia takut dengan perangai arab yang macam-macam kot. jadi depa tak berani nak amik risiko nak duduk dengan arab.

tapi yang dok umah sewa sesama malaysia pon banyak jugak kes curi.

semua ada risiko. jadi nak pilih yang mana?

Dapur Iman Corporation SDN. BHD. said...

Duduk bertahun-tahun patut boleh beza kot yang mana baik yang mana tak boleh buat kawan. Ni tengok yang lama punya kawan pun tak tau hala..

Anonymous said...

saya sokong kata2 ni. kalau asyik berkawan dgn org melayu je dan tidak org arab, dah la kita kurang/lambat belajar bahasa dorg. tambah lagi kite xdpt nk menjalin hubungan silaturahim yg baru. Walaupun nampak org arab ni mcm ganas, tp bukan semua. Ada yg baik. Cuma kita sendiri yang takut nk membuat kawan. Kalau kita berbuat baik,insyallah mereka pun akan berbaik pada kita...

Dapur Iman Corporation SDN. BHD. said...

ya betul..

p/s: anonymous ni sape ye.. macam kenai..

akhtar_7 said...

sama-sama berubah insya allah

 
Powered by Blogger