Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Saturday, November 8, 2008

Ibadat Haji


Selamat melakukan ibadat haji...


Umat islam mula membanjiri tanah haram walaupun lagi sebulan umat islam akan mengerjakan haji. Sekarang jemaah Malaysia masih lagi berada di Madinah sementara menanti jemaah Malaysia yang lain tiba. Selain jemaah daripada Malaysia, beribu lagi jemaah dari serata dunia telah datang untuk mengerjakan haji. Jemaah yang masih berada di Madinah tidak melepaskan peluang menziarahi maqam Nabi Muhammad S.A.W, maqam sahabat-sahabat dan tempat-tempat bersejarah sambil melakukan ibadah sebanyaknya di bumi suci Madinah. Ada juga jemaah yang terus datang ke Kota Mekah untuk melakukan ibadat disini sementara menanti ibadat haji. Ana, Solihin dan pelajar Yaman lain masih berada di sekitar Kota Mekah. Sambil kami melakukan ibadah di tanah suci ini, kami juga menziarahi pelajar di tanah suci ini dan penduduk-penduduk Malaysia yang sudah berdekad berada disini. Kami telah dinasihat dengan pelbagai cerita dan pengalaman penduduk-penduduk disini, pelbagai pantang larang dan teladan telah kami dapat di tanah suci ini.. Tidak sabar rasanya hendak melakukan ibadah haji yang pertama bagi ana dan kali ketiga bagi mat yin.. Doakanlah kami semoga memperolehi haji mabrur dan mendapat rahmat daripada Allah.. Segala kerinduan kami pada sahabat-sahabat yaman akan kami iringi dengan doa disini.. Insyaallah.
Dari: Thobib

Friday, October 3, 2008

SELAMAT HARI RAYA DARI DAPUR IMAN!!!!!

berkunjung ke rumah abang leh pada hari raya pertama..makan nasi himpit dan rendang...sedap..........


selepas menunaikan solat hari raya di padang jamiah iman....tok khatib: sheikh sodiq....


ni pulak kat rumah ust jalie.....popia panas!!!!


di saji pula dengan mee tak pa ke bende.....tapi sedap......senior pak aq dok makan..hehehe


diakhiri hari raya pertama..seperti biasa.. majlis hari raya dengan pelajar-pelajar luar negara..memang best....student malaysia nyani lagu raihan...


Saturday, September 6, 2008

Pemergian thobib


5 September adalah sejarah buat thobib kerana pemergian beliau ke Mekah buat pertama kali dalam hidupnya. Pemergian beliau adalah untuk menunaikan umrah yang pertamanya. Beliau akan dibimbing oleh mat yin yang sudah berkali-kali ke mekah. Semoga pemergiannya mendapat rahmat daripada Allah dan pulang membawa sinar baru, Insyaallah..

Friday, September 5, 2008

Keberangkatan Ahli Veteren


3 september lalu telah berangkatnya seorang ahli veteren dapuriman. Beliau Mat Yin (Solihen) merupakan bekas pelajar di jamiah iman yang berpakai ihram (putih) . Beliau telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrahnya buat kali yang ke berkali-kali. Pemergiannya akan disusuli oleh thobib dan juga zuu.. Semoga mereka dapat melakukan ibadat umrah dengan tenang dan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah. Sama-samalah kita doakan semoga mereka dapat pulang dengan selamat dan membawa sinar baru..

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan

Dapuriman mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN MEMPERBANYAKKAN AMALAN bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Sepanjang bulan ramadhan ini dapuriman telah dipenuhi dengan perbagai program. Antara program yang akan dibuat ialah memasak secara berkumpulan, tazkirah bergilir, berbuka puasa dengan warga negara lain, melawat Sheikh-sheikh di jamiah Iman, dan lain-lain lagi. Ahli dapuriman telah mengambil kesempatan dibulan Ramadhan ini untuk mengisi masa dengan amalan-amalan sunat dan melakukan perkara-perkara yang berfaedah sepanjang bulan ini.

Kalau antum terer, mengapa tamar menjadi santapan pertama ketika berbuka puasa?

Dalam kajian Sheikh Majid Al-Zindani menyatakan bahawa "Tamar dikira makanan yang paling kaya dengan gula glukosa. Oleh itu, ia dikira sebagai makanan terbaik yang dibekalkan kepada tubuh pada ketika itu. Ia mengandungi kadar nisbah gula yang tinggi yang berkitar di antara 75-87% iaitu 55% glukosa dan fruktosa sebanyak 45%. Fruktosa akan bertukar kepada glukosa dengan kecepatan yang tinggi dan ia akan diserap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi melegakan kehausan tubuh.Begitu juga vitamin-vitamin yang terkandung dalam tamar. Kesemuanya mempunyai peranan yang aktif terhadap proses pembentukan makanan dan ia juga mempunyai kesan penenang terhadap saraf-saraf."

"Semoga Ramadhan kali ini dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T sehingga ke akhir hayat".

Monday, September 1, 2008

Kepulangan seorang ahli


27 Ogos yang lalu seorang ahli dapur pulang ke tanah air tercinta Malaysia. Beliau merupakan penuntut qismul lughah mustawa 4 di jamiah iman. Sofi sebelah kanan gambar sedih dalam tersenyum atas kepulangan orang yang dianggapnya sebagai adik.

Thursday, August 21, 2008

Diambang peperiksaan


'Eh, apa makna ni hah?' Kalimah yang berulang kali disebut sewaktu sebahagian pelajar lughah bermunaqashah didapuriman. Deorang ni study sampai lewat malam, sampai tertidoq kat dapur.. Kesian-kesian.. Hmm.. Lepa study ka studoq tu.. Hehe.. 'Wahai teman Isilah masa dengan sebaiknya'

Thursday, August 14, 2008

tafsir surah an-nass


Janji syaitan

Firman Allah:
{قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ}
{وَإِنَّ عَلَيْكَ لَعْنَتِي إِلَى يَوْمِ الدِّينِ}
{قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ}
{قَالَ فَإِنَّكَ مِنْ الْمُنظَرِينَ}
{إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ}
{قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ}
{إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمْ الْمُخْلَصِينَ}
Allah berfirman: " Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat! Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) Allah berfirman: " Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari masa yang termaklum. Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.[1]

Syaitan penggoda.

Kita tidak mengetahui bagaimana berlangsungnya bisikan Syaitan, tetapi kita merasakan kesan-kesannya dalam jiwa dan dalam realiti hidup kita. Kita sedar bahawa pertarungan antara Adam dengan Iblis adalah satu pertarungan yang amat lama. Kita sedar bahawa Syaitan telah mengisytiharkan perang berterusan, iaitu satu perisytiharan yang lahir dari tabiat jahat yang ada dalam dirinya, dan lahir dari sifat-sifat angkuh, hasad
dengki dan dendam kesumatnya terhadap manusia. Kita sedar Syaitan telah meminta kebenaran dari Allah untuk memerangi manusia, dan permintaannya itu telah diluluskan Allah kerana suatu hikmat yang diketahui-Nya. Walau bagaimanapun Allah tidak membiarkan manusia mengharungi perjuangan itu tanpa senjata, malah Dia telah menjadikan keimanan sebagai perisai untuk mereka, zikir sebagai kelengkapan perang
dan doa memohon perlindungan sebagai senjata. Andainya manusia itu lupakan perisai, kelengkapan dan alat senjatanya maka dialah sahaja yang patut disalahkan.[2]

Mengenai penggoda-penggoda dari kalangan manusia pula kita memang mengetahui dan mengenali banyak dari hasutan-hasutan dan bisikan-bisikan mereka yang jahat, malah kita tahu bahawa di antara hasutan dan bisikan jahat manusia itu ada yang lebih buruk daripada hasutan dan bisikan Syaitan. Mereka terdiri daripada: Teman-teman jahat yang menaburkan kejahatan ke dalam hati dan akal kawannya tanpa disedari dan
diawasi olehnya kerana ia teman yang dipercayainya.[3]


Pembahagian tauhid.[4]

Tauhid uluhiah : Pengakuan bahawa Allah ta’ala adalah satu-satunya tuhan yang berhak disembah.
Tauhid rububiah : Pengakuan bahawa Allah adalah satu-satunya tuhan yang menciptakan segala sesuatu. Al-malik, al-muhyi, al-mumit, ar-razzaq, ad-dhor, al-qodir ‘alal kholq dll.
Tauhid asma’ wa sifat : Kepercayaan sepenuhnya bahawa Allah ta’ala bersifat dengan semua sifat kesempurnaan dan suci dari sifat-sifat kekurangan.


Sebab penurunan

Pernah nabi s.a.w disihir oleh seorang yahudi(bernama Labid bin al-A’som). Baginda pun mengadu, maka datanglah Jibril dan menurunkan ma’uzatain lalu berkata: sesungguhnya engkau telah disihir oleh seorang yahudi di telaga si fulan. Saidina Ali r.a pergi ke telaga tersebut dan membaca ayat al-quran lalu merungkaikan sihir tersebut sehingga nabi terasa seolah-olah terlepas dari ikatan.


Fadhilat surah an-nass

Daripada Abi Habis al-Juhani bahawa rasulullah s.a.w bersabda: wahai Abi Habis, mahukah aku beritahu kepadamu sebaik-baik apa yang diucapkan oleh orang yang ingin meminta perlindungan? Baik ya rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda lagi. {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ} dan{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ}. Kedua-duanya ialah ma’uzatain[5].

Daripada ali bin abi tholib mengatakan pernah Nabi s.a.w disengat kala jengking ketika baginda sedang solat. Setelah selesai, baginda meminta sedikit air dan garam. Kemudian baginda menyapu ke atas luka sambil membaca surah quraish, al-ikhlas, al-‘alaq dan an-nass[6].

Daripada Abdullah bib Khubaib mengatakan rasulullah s.a.w berkata kepada kami: Katakanlah! Aku tidak berkata apa-apa dan bertanya: apa yang perlu aku katakana wahai rasulullah? Rasulullah bersabda: Katakanlah {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} dan ma’uzatain setiap petang dan pagi tiga kali. Itu sudah memadai bagimu daripada segala sesuatu[7].

[1] Surah shad : 77-83
[2] Fi dzilalil quran- syed qutb
[3] Fi dzilalil quran- syed qutb
[4] Mabafis fi ulum aqidah – sheikh haidar ahmad shofih
[5] Hadis nasai dan baihaqi
[6] Fathul qadir: haithami di dalam mujma’, diriwayatkan oleh thobrani
[7] Abu daud, tarmizi dan nasai

Monday, August 4, 2008

sesi akhir kelas mustolah hadith


August 04,2008 -kelas pengajian mustolah hadith yg telah berlangsung di dapur iman selama lebih kurang 3 bulan telah berakhir pada hari ini,pengajian ini diadakan pada setiap hari isnin selepas isyak,pengajian yg memakan masa sejam setengah ini telah dikendali oleh Ust Jalie dan dihadiri lebih 10 orang pelajar jamiah iman..
Harap smua dapat kuasai dan manfaatkan ilmu ni..insya Allah..

VrOoMm....


Brum... Brum... Brum... Seorang budak yaman sedang memandu 'Mercedes'nya dengan penuh bangga di jalan masuk ke rumah munzir..
Ana : Aina tamsyi ya walad?
Budak : Ilal bait..
Hm.. Macam-macam peel orang arab yaman.. Dengan tayar pun dia boleh main. Berkali ana tengok dia jatuh ketika dia menolak tayarnya. Bersabar sungguh budak ni. Kesabarannya itu hanyalah untuk memenuhi keinginannya.. Macam mana pula permainan ahli dapur iman? Mesti deorang sabar giler.. Hehe..

Thursday, July 31, 2008

Hari-hari makan nasi jamiah ngan tobikh..mmm...


Kalo sminggu dua mkn kt dapur jamiah sedap lagi..kadang-kadang tu sebab free.hehe..tapi kalo dh tiap tiap hari nk menghadap nasi arab, jemu gak.kena rasa gak gulai sambai blacan ka,masak merah sopi ka, tak pun sup sayur campur lada.kalo dulu paling sedap masakan kuning ujen. Memang sedap!

Nasi jamiah blh amik tgh hari je. Tapi kalo muak, makan megi la jawabnye. Senang dimasak, makan pun sedap, pastu rambut pun gugur cepat. Ha!..makan bnyk2 lg!

Blh kata bnyak jemaah megi kt dpur ni. Tu bg yg kurang berkemampuan. Bg mereka (ahlul sa'adah) tempatnya kt DAMAI la.macam-macam ada.

Tuesday, July 29, 2008

Hmm....


Aduh sakitnya... Apa la nasib aku ni... Dibekam di dahi.. Aku doakan moga Allah berikan kesembuhan segala penyakit dalam diri ku..

Sunday, July 27, 2008

Siapa yang tido ini.. .


Siapakah jejaka ini yang tengah tido.. Jika anda dapat menjawabnya.. Anda akan memenangi hadiah yang lumayan.. Antaranya akan ke siam. Hehe.. Jika tahu akan jawapannya hantarkan nama dia ke olang@siam.me. Hadiah yang lumayan menanti anda...

Monday, July 21, 2008

Pak long halawiat.


Untuk pengetahuan korang, pak arab ni jual manisan kt universiti kitorang.. Murah je manisan dia dah la tu sedap pulak.. Kalau nak bekenalan boleh la contact +96773444 tekan-tekan x dapat. Hehe.. See ya..

 
Powered by Blogger