Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan

Dapuriman mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN MEMPERBANYAKKAN AMALAN bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Sepanjang bulan ramadhan ini dapuriman telah dipenuhi dengan perbagai program. Antara program yang akan dibuat ialah memasak secara berkumpulan, tazkirah bergilir, berbuka puasa dengan warga negara lain, melawat Sheikh-sheikh di jamiah Iman, dan lain-lain lagi. Ahli dapuriman telah mengambil kesempatan dibulan Ramadhan ini untuk mengisi masa dengan amalan-amalan sunat dan melakukan perkara-perkara yang berfaedah sepanjang bulan ini.

Kalau antum terer, mengapa tamar menjadi santapan pertama ketika berbuka puasa?

Dalam kajian Sheikh Majid Al-Zindani menyatakan bahawa "Tamar dikira makanan yang paling kaya dengan gula glukosa. Oleh itu, ia dikira sebagai makanan terbaik yang dibekalkan kepada tubuh pada ketika itu. Ia mengandungi kadar nisbah gula yang tinggi yang berkitar di antara 75-87% iaitu 55% glukosa dan fruktosa sebanyak 45%. Fruktosa akan bertukar kepada glukosa dengan kecepatan yang tinggi dan ia akan diserap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi melegakan kehausan tubuh.Begitu juga vitamin-vitamin yang terkandung dalam tamar. Kesemuanya mempunyai peranan yang aktif terhadap proses pembentukan makanan dan ia juga mempunyai kesan penenang terhadap saraf-saraf."

"Semoga Ramadhan kali ini dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T sehingga ke akhir hayat".

0 comments:

 
Powered by Blogger