Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Thursday, October 14, 2010

MUHASABAH UKHUWAH

“Jom kita pi makan broast.”

“Esok jumaat. Jom kita pakat pi main bola kat padang syamlan.”

“Best jugak kalau kita sembang-sembang kat dapur nih.”

Beginilah bentuk ukhuwwah yang dibina. Ataupun cara untuk membina ukhuwwah sesama manusia. Adakah cukup untuk kita berpuas hati hanya dengan ukhuwah yang sebegini sedangkan Tuhan mahukan hamba-hambanya berukhuwwah kerana Allah dan iman sebagai tunjang kepada ikatan ini.

Allah SWT berfirman:



“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara.” Al hujurat: 10

Mungkin kita boleh kategorikan ukhuwah yang di atas adalah pada peringkat awal. Tahap yang boleh dimiliki oleh semua orang samada yang baru atau yang lama berkawan tetapi tidak mampu menggilap iman sahabatnya sehingga boleh meningkat.
Sedangkan…...

Ukhuwah adalah perintah Allah

Ukhuwah adalah pintu ke syurga

Ukhuwah adalah pembina kekuatan iman

Ukhuwah dapat membina diri dan amal

Ukhuwah boleh membebaskan diri dari api neraka



Namun apabila hubungan kepada Allah diabaikan dalam ukhuwah. Kita akan mendapati kelonggaran dalam ibadah dan kehausan dalam iman dan amal. Kerana ukhuwah boleh menyelamatkan iman sahabatnya. Bukankah nabi SAW bersabda:



“Seorang muslim sebenar ialah mereka yang menyelamatkan seorang muslim yang lain daripada bahaya lidah dan tangannya.” -bukhari

Jika kita tidak mahu saudara kita disakiti di dunia. Apatah lagi sudah tentu kita amat tidak mahu jika dia diazab di akhirat kelak. Jadi ukhuwah yang berlandaskan iman sahaja yang mampu menyelamatkan temannya.

“Jom kita pi solat kat masjid!”

“Awak dah baca mathurat ke belum?”

“Esok ada ifthor dan qiam. Ajaklah kawan-kawan anta skali.”

Biar kita hidup dengan iman dan mempunyai sahabat yang beriman. Barulah setiap amal berterusan.

0 comments:

 
Powered by Blogger