Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Saturday, September 19, 2009

Titipan ramadhan



Singkatnya masa...

Ramadhan mungkin bulan permulaan cuti bagi kita. Tetapi permulaan bagi orang yang sentiasa mengharap keredhaan dan keampunan dari Allah SWT. Hari-hari berlalu tanpa sedar ramadhan meninggalkan kita.

Adakah ramadhan pergi bersama dosa-dosa?

Atau ramadhan pergi meninggalkan sisa-sisa dosa yang masih belum terhapus?

Nabi SAW bersabda:



"Tidak beruntung dan rugilah bagi orang yang melalui ramadhan tanpa diampunkan dosa-dosanya.." (hadis Tabrani)



Hasil?

Mungkin kita telah melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang ramadhan.
Sama ada aktiviti ruhi atau jasadi. Nilai keberhasilannya adalah daripada peribadi kita sendiri. Boleh kita katakan sebenarnya kita merancang untuk diri sendiri. Maksudnya "dari kita untuk kita". Kita niatkan hanya kerana Allah SWT.

Tazkirah(ruhi+ilmi)
Iftar jama'ei(ruhi+jasadi)
Ziarah kubur(ruhi)
Jaulah qamariah/jalann malam(jasadi)
Qiamullail(ruhi)
Munaqasyah fiqh siam(fikri+ilmi)
Bedah kitab khulafah ar-rasyidin(fikri+ilmi)

Kita sendiri yang boleh membuat hasil penilaian dengan apa yang telah kita lakukan. Juga sebagai latihan pengalaman dari sudut tarbiah. Mendidik jiwa menerima dan memberi arahan mengikut kaca mata agama. Firman Allah:



"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali akan merubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka merubah nasib diri mereka sendiri".

Iktikaf!

Walaupun tidak berjalan lancer seperti yang dirancang. Harapan maksud daripada iktikaf tercapai iaitu mengejar sepuluh malam terakhir. Ganjaran hanya bagi yang mencari bukan hanya menanti.

2 comments:

akhtar_7 said...

mmm....

tahniah kepada yang berjaya iktikaf....walaupun ada sedikit masalah...

geng masjid barakan ok ka? macam jauh jee

masjid khulafa?

masjid ansar! haha dekat ngan siti mat...

harap semua tabah!!!!

akhtar_7 said...

TAPI KAT MASJID KHULAFA' MAMU JADI IMAM TARAWIKH NGAN QIAM...

SAPA TAU NANTI JADI TOK SHEIKH QURAN..HAHA

 
Powered by Blogger