Baru selesai menjalani ujian bulanan di jamiah iman. kami menganggap ujian sebagai satu jalan. Kehidupan rutin seharian yang hampir sama kami lalui menambah beberapa mutiara-mutiara khibrah bersama teman-teman. Memang ada yang terlalai dan dilalaikan. Namun perkongsian ilmu dan amal menjadi intipan-intipan di celah-celah kelalaian.
Mungkin ada yang kecewa. Mungkin juga berbangga dengan ujian ini. Bergantung pada kesungguhan diri. Ibroh daripada apa yang telah berlaku dan juga cuitan teman-teman.
"Anta nak jadi anak yang soleh kan?"
"Ye la, doakan ana ek".
Kekurangan yang masih banyak pada diri kita segera perlu diperbaiki. Bukan sahaja sebagai seorang pelajar, bahkan hamba yang mengerti hakikat kehidupan. Kekurangan tetap wujud. Cuma kita yang perlu menilai.
إن السمع والبصر والفؤاد كل أولئك كان عنه مسئولا [ الاسراء : 34 ]
Semuanya akan dihitung. Lebih baik sedar di dunia sebelum akhirat. Muhasabah kita sebelum menjelang ujian kedua...
Tuesday, February 24, 2009
CATATAN...
Posted by akhtar_7 on 12:27 PM
0 comments:
Post a Comment