Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Saturday, November 8, 2008

Ibadat Haji


Selamat melakukan ibadat haji...


Umat islam mula membanjiri tanah haram walaupun lagi sebulan umat islam akan mengerjakan haji. Sekarang jemaah Malaysia masih lagi berada di Madinah sementara menanti jemaah Malaysia yang lain tiba. Selain jemaah daripada Malaysia, beribu lagi jemaah dari serata dunia telah datang untuk mengerjakan haji. Jemaah yang masih berada di Madinah tidak melepaskan peluang menziarahi maqam Nabi Muhammad S.A.W, maqam sahabat-sahabat dan tempat-tempat bersejarah sambil melakukan ibadah sebanyaknya di bumi suci Madinah. Ada juga jemaah yang terus datang ke Kota Mekah untuk melakukan ibadat disini sementara menanti ibadat haji. Ana, Solihin dan pelajar Yaman lain masih berada di sekitar Kota Mekah. Sambil kami melakukan ibadah di tanah suci ini, kami juga menziarahi pelajar di tanah suci ini dan penduduk-penduduk Malaysia yang sudah berdekad berada disini. Kami telah dinasihat dengan pelbagai cerita dan pengalaman penduduk-penduduk disini, pelbagai pantang larang dan teladan telah kami dapat di tanah suci ini.. Tidak sabar rasanya hendak melakukan ibadah haji yang pertama bagi ana dan kali ketiga bagi mat yin.. Doakanlah kami semoga memperolehi haji mabrur dan mendapat rahmat daripada Allah.. Segala kerinduan kami pada sahabat-sahabat yaman akan kami iringi dengan doa disini.. Insyaallah.
Dari: Thobib

 
Powered by Blogger