Waktu Di Malaysia

Waktu Di Yaman

Thursday, January 8, 2009

Hari Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w

Sejarah Asyura
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
19. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
20. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
21. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Majlis buka Puasa















Hari selasa 6 januari, Dapur iman telah mengadakan iftor jama'i bagi memperingati saudara di Palestin yang sedang menggadaikan nyawa untuk mempertahankan tanah air mereka. Pihak dapur telah menjemput rumah Pak Aq (www.rumahiman.blogspot.com) dan rumah Aman untuk berbuka bersama. Sebelum berbuka majlis telah diisikan dengan ceramah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Jalie. Ulamak disini telah menggalakkan berpuasa untuk memperingati saudara kita di Palestin sambil kita mendoakan kesejahtera ummat islam disana sebelum berbuka. Doa ketika berbuka adalah antara waktu yang mustajab doa. Jadi, sama-samalah kita mendoakan kesejahtera saudara kita di Palestin serta membantu mereka dari segi wang riyal atau sebagainya..

Mula belajar




Sudah tamat cuti untuk ahli dapur. Tanggal 1 muharram merupakan saat yang penting buat ahli dapur kerana hari tersebut adalah permulaan hari kuliah di jamiah iman.
Ramai pelajar baru yang telah berdaftar untuk belajar di jamiaah iman. Nampaknya bertambah la bilangan pelajar Malaysia di jamiah iman ini, Alhamdulillah..

Wednesday, January 7, 2009

Kepulangan



Alhamdulillah.. Mat yin dan thobib telah selamat sampai ke yaman pada minggu lepas masing-masing balik dengan berasingan yang mana Mat yin telah sampai ke yaman dua hari sebelum ketibaan thobib. Hampir-hampir empat bulan mereka menetap ditanah suci mekah. Mat yin masih seperti dulu tidak ada perubahan pada dia, manakala thobib pulak berlaku perubahan fizikal. Perubahan pada berat badannya meningkat sebanyak 4-6kg. Banyak cerita yang akan mereka sampaikan dari bumi mekah.. Nak tau.. tanya la lepa..

 
Powered by Blogger